Thursday, January 19, 2017

Singapore Trip - Universal Studio Singapore - Day 2 - 10/12/2016

As Salam.

Semalam dah siap bertanya dengan staf kaunter hotel untuk cara yang paling jimat ke USS.

Pagi tu, siap breakfast berdua sahaja.  Lea tak nak turun bersarapan kerana mengidam nak makan bubur segera kepunyaan Hazry.  MMD akan bawa paket2 bubur segera untuk Hazry jika ke mana2.  Manalah tahu, jika tempat yang MMD singgah makan tu tak ada bubur, bolehlah MMD bancuh bubur2 segera untuknya.

Selepas bersiap2, dalam pukul 8.00pagi, MMD pun keluar ke arah North Bridge Road, tak jauh dari hotel pun.  Tunggu bas di situ untuk ke VivoCity.

Gembira bukan kepalang Lea dapat naik bas.  Lebih2 lagi bas double-decker.  Bas bernombor 80 kalau tak silap MMD.  Perjalanan ambil masa lebih kurang 30min je.  Sepatutnya MMD bayar SGD5.40 tapi MMD tak ada duit kecil, pemandu tu minta SGD5 je.  Baik hati betul pemandu tu.



Yang paling MMD kagum, pemandu bas siap turun dari seatnya dan datang untuk bukakan papan ramp untuk MMD tolak kerusi roda Hazry untuk masuk ke bas dan letakkan kerusi roda di kawasan yang disediakan.  My beloved hubby yang jagakan Hazry sementara MMD dan Lea naik ke tingkat atas bas. Begitu juga bila dah sampai destinasi, pemandu sekali lagi datang untuk bukakan ramp.

Dah sampai tu, naik ke tingkat 3 VivoCity Mall tu.  Beli tiket di mesin tiket untuk naik monorail Sentosa Express.  Tiket SGD4 untuk dewasa dan juga untuk kanak2 3 tahun ke atas.




MMD dah lama beli e-tiket untuk ke USS ni.  Selepas di cari 2-3 agen, akhirnya MMD beli dari  Ms Shuyi c/o 99 Travel/JJ Attraction Service 012-726 7843.

MMD bayar RM184.50 untuk dewasa dan RM145.00 untuk kanak2.  Entahlah, kot2 ada yang lebih murah.

Sampai je di station, MMD guna lift untuk turun ke bawah.  Penumpang lain guna escalator.  Masih awal waktu MMD sampai dan sempatlah berposing sana sini sebelum USS dibuka pada 10.00pagi.

Okay....lets posing!!!!






MMD ingatkan e-tiket yang MMD beli tu kena tukar dulu di kaunter tiket tapi selepas mereka scan, kiranya MMD dah boleh terus masuk.  Masa di Trans Studio Bandung dulu, MMD kena tukarkan dulu ke tiket plastik sebelum masuk.

Universal Globe
Kalau datang USS tapi tak berposing di sini memang tak sah lah kan?  Harus posing maut dulu.





Tepat pukul 10.00pagi, pagar telah dibuka dan berpusu2lah manusia yang beratur panjang  tu melepasi pagar masuk.  Sebelum tu, semasa beratur, ada petugas yang memeriksa bag terlebih dahulu.

Ini dia peta USS.


1.  HOLLYWOOD 

Laluan pertama di sini.  Ambil beberapa gambar di sini.




2.  MADAGASCAR

Ramai yang berpusu2 ke arah New York & SCI FI CITY.  MMD pulak ke arah Madagascar dulu sebab tempat ni lebih kepada acara untuk kanak2.



Kat sini yang sempat MMD naik adalah bot.  Sebelum tu, MMD kena tukarkan Hazry ke kerusi roda khas dan MMD diiringi oleh petugas untuk menaiki bot yang khas bagi pengguna kerusi roda. Nak bagi tahu juga ni....MMD masuk guna express lane walaupun MMD tidak membeli tiket express ni.  Kalau tidak, koyak lagi poket MMD. Hahahaha.





Selepas habis satu pusingan, MMD meminta untuk teruskan pusingan kali ke 2.  Disebabkan tiada pengguna lain yang berkerusi roda, maka permintaan MMD dipersetujui.  Maka 2 kalilah naik bot di sini.  Lea happy sangat2.



Di sini juga MMD dan Lea naik carousel di King Julien's Beach Party Go-Round.  Itu dah waktu malam sebelum balik.



3.  FAR FAR AWAY

Masa MMD sampai di sini, nampak tak ramai pengunjung pun.  Tempat beratur di bahagian luar kosong jer.  Bila dah masuk dan ambil cermin mata 4Dnya, barulah ada orang yang beratur.



Macam biasa, petugas datang kepada MMD dan minta MMD tunggu betul2 di pintu masuk panggung wayangnya sedangkan yang lain2 masih lagi beratur. Selepas mendengar sedikit cerita barulah pintu pawagam di buka dan MMD diminta untuk letakkan Hazry di tempat khas.


Ada kerusi yang tetap dan ada yang bergerak2 mengikut keadaan dan situasi dalam cerita di pawagam tu.  Lea dan MMD pilih kerusi di bahagian agak tengah dan petugas tu ada bagitahu, kalau ambil di bahagian hadapan, nanti sakit kepada kerana mendongak.

Kat sini, Lea ketawa berdekah2 bila melihat cerita Princess Fiona dan Shrek.  Siap kena percikan air bila ada kerektor keldai yang bersin.



Pada waktu malamnya, MMD dan Lea saja yang naik ke Puss in Boots' Giant Journey.  Roller coaster yang tak berapa nak seram. Itu kata petugas di situ bila MMD tanya samada ride ni ganas/seram ke tidak. Kena naik tangga untuk ke atas.  Itulah sebabnya my beloved hubby terpaksa tunggu Hazry di bawah.  Lagipun, my beloved hubby tak berani nak naik coaster.

Masa mula2 coaster bergerak, tak seram lagi, bila dah lepas bangunan utamanya terus menjunam dan MMD sempat tengok Lea dengan muka selamba kodoknya.  Macam tak ada apa2 pun sedangkan MMD dah menjerit. Rasanya ada 2-3 tempat yang agak menjunam dan keseksaan MMD berakhir dalam masa tak sampai seminit rasanya.

Lea minta untuk masuk sekali lagi tengok Shrek dan seperti siangnya, MMD diberi keutamaan.  Puas hati Lea dapat tengok Shrek sebanyak 2 kali.

 

4.  NEW YORK

Selepas di Far Far Away, MMD ke sini sebentar.   Sempatlah Lea bergambar dengan patung kerektor Sesame Street  di situ.



Lepas tu,MMD menuju ke tempat orang beratur panjangggggg sangat.  Bila nampak je MMD dengan Hazry berkerusi roda, terus petugas arahkan MMD ikutinya terus ke tempat ride Sesame Street Spaghetti Space Chase.  Gambar yang di ambil tak berapa elok kat dalam tu dengan bergoyang2nya.

Kat luar ada persembahan budak2 muda dan sambil tu my beloved hubby beli air dengan bekasnya yang agak besar.  Untuk refill, harga air bergas SGD2.



Lea ajak MMD ke Light, Camera, Action, Hosted by Steven Spielberg. Tak nampak ramai orang di ruangan masuk tapi bila dah hampir ke pintu studio, ramailah juga.  Macam biasa, petugas menyuruh MMD ikut laluan express.  Untung lagi kami semua.  Cepat je !!

Kat dalam ni langsung tak ambil gambar.  MMD anak beranak berdiri di laluan lantai bawah je sebab Hazry berkerusi roda.  Ada juga tempat dek yang lebih tinggi.  Bila MMD tengok lantai di bahagian tengah tu basah, cepat2 MMD pilih tempat yang tak jauh sangat dari pintu masuk.

Apa ada kat sini?  Cara bagaimana Steven Speilberg menjayakan acara2 action yang melibatkan air, api dan angin.  Yang menjadikan orang menjerit dan basah di bahagian tengah ialah bila kapal jatuh ke air. Kesian mereka.

Masih lagi di New York.
 

Ini round kedua datang ke New York.  Lea merasai salji yang dibuat dari buih2 sabun.

 


5.  SCI FI CITY

Kemudian, kami semua ke Sci Fi City.  Kat depan tu ada robot transformer dan berposing2 dulu.  Ramai budak2 muda yang beratur untuk ride yang paling mengerunkan bagi MMD.  Ada dua kat situ iaitu Battlestar Gallactica: Cylon dan satu lagi Human.  Kedua2nya acara yang tak mungkin MMD atau my beloved hubby akan naik walau diberi secara percuma.  Takut tak sempat habis ride, habis nyawa hahahaha.




Masa kat sini, MMD keluar dulu dari USS.  Nak kemana tu?  Tunggu!!!! Nanti MMD cerita ya.

Selepas makan semua, kami masuk balik ke USS dan sambung semula ke Sci Fi City ni.  Kali ni, MMD macam biasa juga, MMD melalui express lane lagi.  Disebabkan ride ni agak keras, maka MMD dibenarkan tinggalkan Hazry di tempat menunggu yang disediakan.  Transformer The Ride:  The Ultimate 3D Battle.  Dalam banyak2 ride yang MMD dah naik, yang ni memang best.

 


Selepas siap satu pusingan, MMD keluar dan kali ni masuk semula hanya bersama Lea.  My beloved hubby nak tungu Hazry je di luar.  Kali ni MMD masuk ikut laluan biasa sebab tanpa Hazry tapi memang kosong je.  Tulah sebabnya MMD berani nak masuk sekali lagi. Lea pun kata best sangat2.

Kemudian, MMD temankan Lea untuk naik ride yang dalam cawan tu.  Accelerator namanya.


MMD dan Lea naik yang ni je. Yang disediakan di bawah.  Nak naik yang betul2 punya, takut yang amat.

 
 

Untuk pengetahuan, surau ada disediakan yang terletak di antara Sci Fi City dan Ancient Egypt. Agak tersorok sikit seperti yang dijangkakan.  Tak kan mereka nak buat kat tengah2 laman.  Ye tak?

6.  ANCIENT EGYPT
Selepas urusan membersih Hazry ditandas, seingat MMD, kami hanya lalu saja di sini. Tak pasti pulak kenapa MMD tak masuk ke dalam atau sebab ridenya agak ganas.


 

7.  LOST WORLD

Kat sini, MMD, my beloved hubby dan Lea je yang naik Jurassic Park Rapids Adventure.  Masa nak naik tu, MMD tengok ada yang pakai baju hujan.  Memang sah2 akan basah ni.  Tawakkal je lah.  Hazry MMD tinggalkan di tempat menunggu yang berhampiran dengan petugas di situ. Duduk dalam floating boat yang bulat tu dengan beberapa perempuan lain.  My beloved hubby sorang je jejaka tampan buat peneman masa tu.  MMD siap angkat kaki lagi dan sandarkan pada bulatan tengah untuk elakkan kasut basah.  Yang ni pun best juga tapi tu lah....akhirnya kena jugak air.  Basahhhhh.

 

 Selesai je ride tu, MMD adalah juga beli keychain.  Harga?  Dah tentu mahal.

Lea pun naik ride Dino-Soarin' dan lepas tu bersama2 dengan MMD menaiki tangga untuk ke tempat Canopy Flyer.  Yang ni memang kami tak larat untuk dukung Hazry naik ke atas. Naik tangga agak tinggi juga.  Agak ramai juga orang kat sini walaupun dah malam.  Sesiapa yang pakai selipar dan beg galas , kena tinggalkan di tepi sebelum naik.  Nampak masa kat atas, coaster tu bergerak perlahan je.  Rupa2nya lepas saja dari bangunan...mak ooooiiiiiii, berdesup jantung dibuatnya.  Yang hairannya, Lea selamba je muka dia. Nasib baik cepat sampai semula ke destinasi.  Kalau masih lama, harus MMD hilang suara menjerit.



Masa melalui Far Far Away, kebetulan ada meet and greet dengan karektor2 di USS ni. Ambil peluang bergambar juga walaupun gambar  tak berapa elok.  Ramai sebenarnya yang beratur untuk bergambar tapi peluang didepan mata bila kami dipanggil ke hadapan.

 
 


Posing dulu sana sini sikit sebelum berangkat balik.



Masa nak ke stesen bas, siap sesat lagi.  Akhirnya sampai juga ke hotel.  Lepas bersiap2.  Semua tidur awal sebab esok ada lagi urusan yang belum selesai.

Okay.  Jumpa lagi di lain entry.

Yang ride ni MMD lupa naik di mana.  Pegang kuat2 tau Lea!!!.  Sebenarnya MMD yang terlebih pegang kuat.  Ini mungkin di Far Far Away agaknya.


Thursday, January 5, 2017

Singapore Trip - Day 1 - 09/12/2016 (part 2)

As Salam.

Okay.  Kita sambung cerita lagi.  Lepas makan kenyang2 dan kebetulan hujan masa MMD tengah pilih restoran mana nak masuk tu.  Maka,  bila hujan dah berhenti, kami putuskan untuk jelajah di tempat yang dekat2 saja.  Bimbang hujan lagi.  Lagipun, rancangnya hanya untuk bersiar2 dan berjalan pelan2.

Selepas keluar dari Restoran Zam Zam, MMD menuju ke Malay Heritage Centre yang terletak tidak jauh dari Masjid Sultan.  MMD melintasi kawasan masjid untuk ke sana.


Rumah lama dengan warna kuning dan putih.  Diseliakan dengan baik sekali.  Untuk masuk dan tengok pameran yang terletak di dalam rumah kena bayar SGD4 tapi MMD tak masuk pun.  Kalau masuk pun, MMD kena tinggalkan Hazry kerana ada ruangan yang kena naik tangga ke rumah tersebut.



Sambil bergambar dan berehat sebentar, MMD pun mulalah dengan acara merayap perlahan2 di kawasan berdekatan seakan laluan di dalam bulatan hingga berjumpa semula dengan hotel tempat MMD tinggal.


Pantang MMD nak bergambar berdua dengan my beloved hubby, ada jer Lea mencelah.


 
Okay.  Kaki dah penat.  MMD balik ke bilik.  My beloved hubby singgah berborak2 dengan staff di kaunter yang juga orang Malaysia.

Janjinya, MMD dan my beloved hubby ke Masjid Sultan untuk bersolat Maghrib dan selepas itu akan ke satu shopping mall yang tidak jauh dari hotel seperti yang dicadangkan oleh staff di kaunter tu.

Lea dan Hazry tinggal di bilik.  My beloved hubby terpaksa meminta staff untuk datang bukakan pintu bilik.  Lea tidur sampai tak sedar2 diri.  Sakit tangan MMD mengetuk pintu.  Kesian dia.  Penat berjalan jauh siang tadi.


Sekali lagi MMD tinggalkan Lea dan Hazry yang dah tidur tu untuk berjalan berdua dengan romantiknya.  Hahahaha.  Menurut kata staff hotel, shopping mall tu seakan Mydin.  Harganya murah2 berbanding tempat lain. Nama tempat tu Mustafa Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Ada basement 1& 2, Level 1-3.  MMD tak jelajah habis pun, kaki dah naik kebas sebab berjalan agak jauh untuk ke sini.

Gambar2 ni adalah ehsan En Google.  MMD tak larat nak bergambar.


Jangan tak tahu, Mustafa Centre beroperasi 24jam.  Ada ke orang shopping hingga tak ingat dunia? Kedai emas pun ada kat dalam tu. Sebenarnya, agak jauh jugaklah berjalan untuk pergi dan balik. Nasib baik anak2 tak ikut. Dalam banyak2 barangan di situ, satupun MMD tak beli. Itu lagilah menjadikan bertambah penat.


Harga barangan di situ ada yang murah, ada yang tak berapa murah pun jika dibandingkan dengan harga di Malaysia.  Barangan yang MMD cari pun lebih kurang je dengan harga di sini.  Jadi tak perlukan nak membeli sangat.

Singgah beberapa minit meluruskan kaki yang kepenatan di luar salah sebuah kelab dalam perjalanan balik ke hotel. Muka tak cukup oksigen !!!


Balik ke hotel, siram kaki dengan air suam lama2 di bilik air,  solat Isyak dan terus tidur.  Esok ada urusan pagi2.

Jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, January 4, 2017

Singapore Trip - Day 1 - 09/12/2016 (part 1)

As Salam

Wahhhhh..... tengok title tu macam panjang je kisah MMD sekeluarga ke Singapore kali ni.

Sebenarnya, trip ni MMD nak kata betul2 rancang pun tak juga.  Tak berapa rancang pun tak juga.  Memandangkan MMD ada beberapa hari free nites hotel package untuk digunakan pada tahun ni, jadi MMD pun secara timbang kati memilih ke Singapore saja berbanding dengan ke negara lain.

Lagipun, ini sebagai gula2 kepada anak2 MMD terutamanya Lea yang akan kena tinggal pada akhir bulan Januari nanti.  Satu sebab lain adalah menjimatkan bajet juga.  Hahahahaha.

Trip kali ni dengan cara pemanduan berhemah oleh my beloved hubby.  Kami bergerak dalam pukul 4:00pagi pada 09/12/16.  Tiada target pukul berapa nak sampai asalkan sebelum tengahari.

Singgah sebentar di R&R untuk solat Subuh dan bersarapan nasi lemak.  MMD lupa di mana.  Rasanya di area Negeri Sembilan ataupun Melaka.   Lupa laaaa.

Sampai di Johor dalam pukul 9.30pagi dan dalam ronda2 mencari hotel yang bakal MMD tinggal pada 12/12/16, MMD juga mencari tempat parking kereta.  Masa dalam perjalanan, MMD juga ada book kereta untuk ke Singapore melalui UBER.  Rupa2nya kereta yang berdaftar atau book melalui UBER tidak masuk Singapore.  Mujurlah driver tu datang dan cadangkan pada MMD untuk parking saja di Terminal Bas Larkin (TBL).  Siap suruh MMD ikutnya ke arah TBL tanpa sebarang bayaran pun.

Tiba di TBL, my beloved hubby parking kereta di Metro Parking di belakang terminal tu yang memang dekat dengan stesen teksi ke Singapore. Parking di situ agak mahal, RM23.00 sehari.  Kami terus ke stesen teksi dan minta teksi untuk ke Singapore dengan harga RM80.00 sebuah.

Teksi ni tidak akan hantar kita ke hotel tapi akan turunkan kita di stesen teksi di Singapore.  Jalan utama yang berdekatan dengan stesen teksi Singapore ialah di Victoria Street.  Jika kita hendak juga di hantar ke hotel, kalau tak silap pendengaran MMD hari tu, kena bayar SGD59.00 gitu.

Bergerak masuk ke pemeriksaan Kastam dalam pukul 11.30pagi.  Dengan menaiki teksi, penumpang tidak perlu keluar dari kenderaan untuk urusan cop paspot dan sebagainya.  MMD hanya keluar untuk buka beg saja bila ada pegawai minta berbuat demikian.  Itupun di sempadan Singapore dah. Semuanya agak lancar kecuali kereta bersusun2 beratur di atas jambatan.

Sampai di stesen teksi Singapore dah masuk waktu solat Jumaat.  Pemandu teksi ada memberi arah perjalanan untuk ke hotel.  Memang tak jauh mana dari stesen teksi.  Berjalan kaki je di laluan Victoria Street dan dah pun jumpa hotel yang bakal MMD sekeluarga tinggal selama 3 malam.

MMD tinggal di Santa Grand Hotel Bugis Singapore beralamat No. 8, Jalan Kubur.  Lokasinya stategik dan memang berdekatan dengan masjid dan tempat makan muslim. Bilik superior dan percuma sarapan pagi.  Malangnya biliknya agak kecil untuk kami 4 beranak ni.  Nasib baik Hakim tak ikut sekali.  Kalau tidak, manalah dia nak tidur agaknya.

Dibelakang MMD yang ni adalah Masjid Sultan.  Masjid terbesar di Singapore dan dikelilingi oleh kedai2 dan tempat makanan Muslim.



Ke depan sikit, di persimpangan empat Victoria Street, ada satu lagi masjid, rasanya Indian Muslim kalau tak silap MMD.  Di persimpangan ni juga terdapat Hotel Boss.  Jadinya, Santa Grand Hotel Bugis ni terletak di antara kedua2 masjid ni.


Satu lagi kelebihan tinggal di hotel ni, tetamu disediakan dengan handphone dan wifi percuma untuk kegunaan semasa berada di Singapore.  Bukan saja untuk mencari tempat2 menarik untuk dilawati, kita juga boleh upload gambar ke FB atau boleh buat panggilan percuma samada penerima panggilan berada di Singapore dan juga Malaysia.  Kalau tak silap MMD, panggilan juga boleh dibuat ke beberapa negara yang tersenarai

Urusan check-in pun senang tapi MMD diminta untuk tinggalkan deposit samada SGD100 atau duit MYR300.  MMD tinggalkan duit MYR la. Senang, nanti boleh guna balik duit tu.  Kalau duit SGD, bila pulak nak gunanya masa dah check-out kan?



Selepas urusan segarkan badan, solat dan sebagainya. Barulah kami turun semula untuk tinjau kawasan berdekatan dan mencari makan tengahari.  Tu pun dah agak lewat juga.

Akhirnya kami singgah makan di Restoran Zam Zam.  Lea dan my beloved hubby makan nasi beriani dan MMD makan murtabak yang sangat2 glamor di Singapore. Ada murtabak daging, ikan, rusa.  MMD ambil ayam je.  Memang besar portionnya dan berharga SGD6.00 kalau tak silap MMD. Duit Ringgit berapa?  Dalam MYR18-19.00 juga la.

 



My beloved hubby pesan, untuk makan, jangan berkira dan convert ke duit Ringgit.  Nanti tak lalu makan la kita!!!  Masa my beloved hubby tukar MRY1000 hari tu, dapat SGD313.00 jer.  Sedihnya mengenangkan duit kita jatuh begitu teruk sekali.  Seingat masa MMD ke Singapore masa belajar di ITM dulu, duit kita dalam MYR1.20 untuk setiap SGD1.  Tupun dah rasa tinggi.  Oppssss... tu tahun 90'an.

Okay.  MMD berhenti kat sini dulu.  Tunggu ke mana MMD merayap nanti ye.

Sekian.  As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...