Saturday, November 8, 2014

Muffin gebu gebas

As Salam

Hari ni MMD di rumah bersama Lea dan Hazry je.  My beloved hubby singgah ke kedai aksesori kereta.  Katanya nak make-up kereta.  Hakim pulak tengah buat practical training selama 2 bulan.  Next year pada bulan Jan je baru sambung balik kursusnya dalam bidang otomotif di Kolej W.I.T.

Masak untuk tengahari pun awal hari ni.  Maklumlah MMD tak bekerja pada hari Sabtu.  Masak kari ikan bawal hitam dan sayur campur je dan sambal belacan.  Cukup untuk kami sekeluarga.

Sambil2 layan Lea tengok kartunnya.  MMD masuk ke dapur dan buat satu adunan muffin ni.  Lembut, gebu dan gebas lagi. MMD tak letak penuh sangat adunan dlm cup tu. Dapatlah 18 biji muffin untuk minum petang.



Resepinya MMD dapat dari rakan2 FB.  Supaya MMD juga tidak lupa, MMD turunkan resepinya di bawah.

125g margerin
150g gula kastor
2 biji telur ayam
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cubit garam
1 sudu teh esen vanila
70g susu segar (MMD guna susu cair)

Cara2nya:
Pukul margerin dan gula hingga kembang.  Masukkan telur, pukul lagi.  Masukkan gandum, baking powder, garam dan selang seli dengan susu cair.  Akhir sekali masukkan esen vanila.  Lea tolong taburkan choc chip tu lepas MMD masukkan adunan ke dalam cup.  Bakar 170C selama 25minit atau sehingga masak.

Senangkan? Selamat mencuba.  Lepas ni operasi melipat kain baju pulak..

As Salam.

Friday, November 7, 2014

Boy or girl? Selamat datang ke dunia..

As Salam

Semalam, MMD baru je cerita pasal my youngest sister yang nak bersalin kan?  Adik2 MMD ramai yang bersalin tapi tak up kan ceritanya di blog ni.  Kenapa ekkk?

Bukan tak istimewa.  Semuanya istimewa bagi MMD kerana rahmatNya, MMD mendapat ramai anak2 buah.  Tapi yang kali ni, terlebih istimewa kerana.....tarrrrraaaaaa.

Gambar ehsan dari En. Google.

Dapat baby boy or baby girl?  No no no. Dapat kedua2nya sekali.  Twin !!!! Sepasang gitu....

MMD pun belum sempat lagi melawat adik MMD, Nurul di HS.  Alhamdullillah, my sister selamat melahirkan babies nya semalam.

Sekalung tahniah buah Nurul Latif dan suami Faiz.  Selamat datang anak2 buah baru ku.

Jadi MMD tak dapat nak belanja gambar lagi buat masa ni.  Maybe this weekend MMD akan ke sana.  Lagipun, kalau pegi after office hours, tak semua boleh naik ke wad.  Lebih baik pergi waktu melawat, semua boleh angkut naik ke wad.

Jangan tak tahu.....Lea tak berapa gemar bila MMD kata nak bawak balik baby ke rumah...Jeles la tuuuuu.

As Salam.



Thursday, November 6, 2014

Sabar menanti

As salam

Setelah sekian lama MMD menyepikan diri, akhirnya MMD membuka bicara kali ini dengan suatu penantian yang bakal berakhir pada bila2 masa dari sekarang.

Chewahhhhh..skema tak ayat MMD kali ni?

Semalam, adik bungsu MMD bagitau yang dia dah check in Hospital Selayang bahagian FPP.  Nak bersalin la tuuuuuu...

Sebenarnya kalau diikutkan pengiraan awal, bulan Dec baru tarikh bersalin.  Oleh kerana ada sedikit kerisauan atas kandungannya, doktor mencadangkan agar di operate.  Sebab2nya biarlah rahsia dulu ye.

Sempat juga MMD sekeluarga meredah hujan dan jalan jem sepanjang jalan dari Port Klang ke
Selayang selepas menjemput Lea dari sekolah petangnya.   Sampai di HS dalam pukul 9mlm.  Biasalah, bukan waktu melawat pun, Lea yang pada mulanya mengikut MMD tak dapat naik ke wad.  Terpaksa hantar Lea balik ke kereta untuk bersama2 dengan Hazry dan my beloved hubby.

Parking kat mana?  Hahaha, dalam hujan tu my beloved hubby parked kat Doctors On Call parking.  Jangan marah ye...ada budak istimewa pun kat dalam kereta tu...Siap pampang stiker OKU lagi.

My Mem besar pun baru nak bertolak malam tu dari KT dengan adik lelaki bungsu MMD.  Temankan my Mem besar.

MMD ucapkan terima kasih pada pak/mak guard yang cukup bertimbang rasa dan membenarkan MMD naik ke wad.  Yang sepatutnya hanya suami atau ibu saja yg boleh berada di wad pada "off visit time".

OK..  MMD belanja beberapa keping gambar waktu lawatan tersebut.  Sempat berposing lagi.  Maklumlah, melawat orang yang tak/belum sakit.  Kalau dah sakit, tentu kamera pun dicampak jauh2 kan? My sister BFF pun baru sampai juga.

Mummy and daddy to be.
MMD dah buat siaran nak bersalin, my sister punya wedding tak up lagi ceritanya.   Weddingnya bulan Mac 2014 yang lepas.  Nanti bila MMD senang dan tenang sikit, MMD up kan entry pasal weddingnya pulak.

Semoga adik Nurul Huda dapat menempuhi waktu bersalin dengan tenang dan selamat.   Kami semua tak sabar menanti anak2 buah baru ni.

As Salam.

Saturday, July 19, 2014

Pengakhiran khidmat 17 tahun yang trajis - MH17

As Salam

Pada 17/07/14, sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita terhempasnya MH17 milik MAS.  Rasa terhenti sejenak jantung ni berfungsi.  Belum lagi kes MH370 selesai, sekali lagi negara ditimpa musibah yang maha hebat. Lebih terkesan lagi kepada waris2 mangsa yang berada di dalam MH17.

Tiada kata yang boleh diucapkan selain dari sedekah Alfatihah kepada mangsa2 yang beragama Islam dan salam takziah kepada yang selebihnya.

MH17 telah berkhidmat selama 17 tahun. Terima kasih dan jasamu dalam kenangan.

As Salam.

Saturday, June 28, 2014

Dah baca niat puasa?

As Salam

Pejam celik dah nak mula berpuasa la pulak kita tahun ni.  Rasanya baru lagi selesai urusan Hari Raya yang lepas.

Semoga dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni sehingga selesai. Jangan lupa niat berpuasa.  MMD ajar Lea baca kedua2 niat, niat harian dan juga niat puasa sebulan.


Kepada pengunjung ke blog MMD ni, MMD serta keluarga memohon kemaafan jika ada coretan yang mengguris perasaan sesiapa sahaja.  Maafkan MMD.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

As salam.

Friday, March 21, 2014

CCM - Kuching terakhir 01/03/14 - Serikin

As Salam

Day 4

MMD dah siapkan beg2 untuk check out.  Sarapan pagi pada pukul 7pg dan 7.30pg driver dah siap menunggu kami untuk ke Serikin.  My beloved hubby dah buat bayaran malam sebelumnya untuk mengelakkan kelewatan pada pagi2 hari. Inilah luaran White Cottage.




 Kek yang MMD order hanya sampai pada pukul 8.30pg di hotel semasa kami dah pun dalam perjalanan ke Serikin. Driver buat arrangement dengan ayahnya untuk mengambil kek MMD di hotel yang juga akan ke Serikin membawa sekumpulan pelawat juga.

Semasa makan malam di Le'Pau, ownernya ada mencadangkan agar membawa air yang cukup, pakai sunblock, pakai topi kerana suasana di sana agak panas berbanding dengan bandar2 lain di Borneo.  Ini adalah kerana Serikin berada paling hampir di garisan Khatulistiwa.

Disebabkan ini juga driver memang bercadang untuk sampai awal agar tidak perlu shopping dalam panas terik dan juga mengejar tempat letak kereta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 45min dari bandar Kuching.

Pekan Serikin ini adalah kawasan border dengan Kalimantan, Indonesia.  Bandar terdekat ialah Pontianak, Indonesia.  Kebanyakan peniaga di sini datang dari Indonesia yang datang berniaga pada hari Sabtu dan balik semula pada petang Ahad.  Mereka ini akan tidur di tempat mereka berniaga.  Pasar ini dibuka sehingga pukul 6ptg pada setiap Sabtu dan tutup pada 1tghari pada setiap Ahad.

Masa MMD sampai, tak ramai lagi pengunjung, masih agak lengang lagi. Masih boleh lagi berposing di tengah2 jalan di pasar tu.  Tak lama kemudian, ehmmm, dah penuh dengan orang ramai.








Macam2 barangan dijual disini, dari pakaian, telekung, periuk belanga, makanan, batu permata, hasil2 hutan pun ada.  Driver ada pesan pada MMD agar minta diskaun 50% dahulu sebelum mencapai harga yang dipersetujui,

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke mini zoo dan hanya bergambar di luarnya sahaja dengan replika dinasor.






Kami dibawa singgah untuk lunch di Siti Cafe & Catering di Bau.  Udang ni berharga RM8.00 seekor yang besar tu. Kat dalam gambar nampak kecil je.  Ayam pangsuh juga ada yang MMD ambil supnya & nasi putih agar menjadi bubur untuk Hazry. Lauk pauknya banyak dan kami semua berselera makan. Harga makanan di sini amat berpatutan.




Perjalanan diteruskan untuk terus ke airport. Sampai airport dalam pukul 1.15ptg.  Boarding time 2.25ptg.  Kali ini, MMD dah book untuk masukkan pasu ke dalam drop in luggage lebih kurang 17kg.  Yang lain semuanya hand carry.  Lea siap berposing dulu di airport.





Kami sekeluarga diberi keistimewaan untuk masuk ke flight dahulu sebelum penumpang yang lain.  Kali ni terus masuk melalui aerobridge dan MMD hanya dukung Hazry untuk ke kerusinya saja.  Sampai di KUL 20min awal dari jangkaan. Terpaksa berdukung Hazry dan menuruni tangga hingga ke tempat menunggu. 
Tunggu kerusi roda Hazry turun dari perut flight dan terus pergi mengambil kotak pasu.





My beloved hubby terpaksa menyewa 7 seater airport taxi kerana taxi biasa tak muat untuk masukkan kotak pasu, kerusi roda Hazry serta beg2 kami semua. Mahal betul sewa teksinya.

Kami semua selamat sampai ke rumah dalam pukul 6ptg.  Lawatan ke Kuching yang best dan teratur sekali. Yang paling penting, hajat untuk membawa anak2 naik kapal terbang sudah tercapai.  Lawatan akan datang ialah ke Bandung pada Feb 2015.  Harap dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya.  InsyaAllah.

Belanja pada hari ini:
Van+driver, hari ke4 RM150.00 (sepatutnya RM190.00)
Di Serikin RM215.00
Lunch di Siti Cafe RM45.00
Taxi hire at KUL airport RM232.80

Semoga aturcara di atas boleh dijadikan panduan kepada pembaca blog MMD.  MMD belum lagi memperkenalkan driver yang budiman tu...namanya Ashraf (012-8515563) dan bapanya En. Hakim (019-8550019).  Kepada sesiapa yang  berhajat untuk menggunakan khidmatnya bolehlah hubungi mereka terus.

Till we meet again, Kuching & Airasia.

As Salam.

Thursday, March 20, 2014

CCM - Kuching sana sini 28/02/14

As Salam.

Day 3 - sambungan.

Keluar dai SCV, kami singgah semula ke Damai Beach Resort kerana Hazry berhajat besar.  Cari tandas yang ada tap paip.  Tumpang guna di bilik mandi di area swimming pool. Terus mandikan Hazry yang memang dah basah akibat hujan di SVC tadi.

Tempat persinggahan seterusnya ialah Muzium Kuching di DBKU yang terletak di atas bukit.  Masuk percuma tapi untuk menggunakan kamera digital, kena bayar RM4.00 setiap kamera.  Suka betul Lea dengan banyak jenis kucing kat sini.

 
 
 

 

 
 
 



Turun dari DBKU, kami singgah di R&R Food.  MMD makan nasi ayam bersama dengan Hazry dan Lea. Hakim makan mee kolok sekali lagi tapi kali ini tak sesedap di Kopi O Corner.  My beloved hubby makan nasi putih dengan ayam berempah.   Harga makanan kat sini agak OK.



Kenyang sudah perut2 kami anak beranak.  Seterusnya ke Kraf Tangan Malaysia. Singah sebentar bergambar.  Tiada aktiviti semasa MMD sampai di bengkel2 di belakang ruang pertunjukan. Yang paling kelakar, Lea siap minta MMD ambil gambarnya dengan senduk memasak.  Si abang Hakim bagitahunya itu dayung sampan. 











Kami tidak singgah ke Astana kerana ada acara di kawasan tersebut.  Jadi tiadalah gambar dari jarak dekat. Ini gambar semasa river cruise.



MMD sangat suka ke tempat seterusnya ini.  Taman Orkid. Bermula dengan rumah sejuk. Cantik betul bunga2 dan tumbuhan di dalam ni. Lea pun suka hinggakan dia minta MMD ambil banyak gambar2nya bersama2 dengan bunga orkid. Di ruang luar di atas bukit banyak berbagai jenis spesis orkid. Layanlah gambar2 orkid yang MMD ambil ni.  Masuk percuma yea...












Sebelum tinggalkan kawasan berbukit ni, kami singgah ke Adun.  Kalau diikutkan, memang tiada pelawat dibenarkan masuk dan turun kat sini tanpa tujuan.  Tapi sekadar pusing2 dibenarkan. Driver kami tetap turunkan kami untuk bergambar sekejap.






Tak jauh dari situ, kami singgah ke kedai kek lapis Dayang Salhah.  Hanya MMD, Lea dan my beloved hubby je yang turun.  Merasa lagilah sample2 kek lapis kat sini pulak.  MMD ada juga beli 3 jenis kek kat sini. Harganya sama saje dengan di kedai kek Zaharah.

 

Kedai2 di tepi jalan ada menjual ikan terubok masin. MMD hanya beli seekor je yang saiznya agak besar.  Ada yang dijual dengan 3 ekor RM10.00.  Ada yang seekor RM8.00.




Udang yang sebesar ini RM68.00 sekilo. Yang bersaiz kecil sikit RM56.00 sekilo.  MMD tak beli pun.



MMD diberi pilihan samada nak menyeberangi menaiki sampan atau ke Medan Niaga Satok dengan van.  MMD pilih ke Medan Niaga Satok kerana MMD nak naik river cruise sebelum tu.  Sama saje pandangannya.

Medan Niaga Satok ini adalah medan niaga yang baru.  Nampak tersusun cantik gerai2nya yang berdasarkan jenis jualan.  Ikan terubok masin juga ada dijual di sini.  MMD hanya membeli 3 paket pes laksa Sarawak dari peniaga yang berasal dari Kelantan.





MMD sekeluarga dibawa sekali lagi ke Main Bazaar di Waterfront.  Hazry tinggal di van bersama driver.  Kami berjalan ditepi laluan waterfront tu dan akhirnya rehat sebentar membetulkan kaki2 yang lenguh. MMD suruh abang Hakim ke tempat van untuk menjemput MMD, Lea & my beloved hubby di pangkin kat situ.

Balik ke hotel dan rehat2 serta mandi.  Hazry pun tidur awal.

Malamnya, my beloved hubby keluar untuk bungkus makanan di restoran Sharing yang tak jauh dari hotel.  Ingatkan kedai makanan nasi biasa, rupa2 menjual western food dan beratur panjang.  My beloved hubby balik semua ke hotel dan akhirnya buat keputusan untuk makan di restoran Le' Pau yang bersebelahan dengan hotel je.

Kami mencuba makanan Iban.  Specialty nya ialah set ayam pangsuh serta ikan keli dan sayur pucuk betik. Nasinya dibungkus dalam daun.  My beloved hubby suka.  Hakim pun suka tapi tak makan sayurnya saja. Untuk Hazry, MMD pesan sup ayam untuk dicampur dengan nasi putih.






Belanja untuk hari ni:
Bergambar di Cat Museum + souvenir  RM14.00
Lunch di R&R Food RM35.90
Kek di Dayang Salhah RM40.00
Ikan terubok masin RM15.00
Pes laksa Sarawak RM10.00
Makan/minum di Waterfront RM10.00
Dinner di Le'Pau RM38.00

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...