Friday, November 15, 2013

Testing 1, testing 2, excellent result

As Salam

Video pendek2 je.

Day 1

Hari pertama Lea cuba untuk belajar mengayuh basikal tanpa roda bantuan.  Beria-ia dia cuba, asyik jatuh bangun, jatuh bangun.  Siap luka di sikunya.

Day 2

Tak sangka hanya dua hari, Lea dah confident kayuh basikal kecilnya. Hari2 seterusnya, siap dia lepaskan sebelah tangannya.  Siap letak tangan atas pehanya.  kah kah kah.  Ini akibat pengaruh dari anak lelaki jiran sebelah rumah yang agak besar dan sama2 bermain basikal di jalan yang sama.

Tiap kali MMD balik dari kerja dan bukak pagar, tiap kali itulah dia dah siap2 dengan basikalnya standby untuk keluar ke jalan depan.  MMD atau my beloved hubby terpaksa tunggu Lea kat depan rumah.  Bukan apa, kadang2 motor & kereta dipandu laju2 juga kat selekoh tu.  Bimbang kalau2 mereka tak ternampak budak2 main basikal.

Keselamatan anak2 perlu dipantau walaupun berada di depan mata. Yang penting kat sini ialah...usaha tangga kejayaan.

As Salam.




Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

As salam semua readers MMD.

Ada ke yang datang baca?  or MMD sendiri baca entry sendiri ahak...

Sempena menyambut Awal Muharram hari ini, MMD ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf jika ada sebarang entry yang telah di published di My Mom's Diary ini menyinggung mana2 pihak.  Yang buruk itu datangnya dari kekilafan MMD dan yang baik tu semuanya datang dariNya.

Tiada aktiviti istimewa hari ini selain dari berlonggok2 dengan anak2.  Layan cerita kartun yang Lea sedang pegang remote controlnya.

Sebelum hujung minggu lepas, sempena bakal menyambut cuti Hari Deepavali pada hari Sabtu 02/11/13, MMD dengan tekunnya bersama2 dengan my beloved hubby re-adjust akurium ikannya.  Sebelum ni berada di dalam rumah.  Dek kerana MMD selalu membebel kat my beloved hubby yang MMD dah bosan dengan kedudukan kerusi di ruang tamu, pukul 11.30mlm my beloved hubby ajak alihkan akurium tu.

Yang sebenarnya, pada awalnya hanya nak gantungkan gambar family MMD di dinding je.  Tapi bila dah start sesuatu, terus diajaknya MMD alihkan akurium tu.  Biar betul cik abang??? Tengok jam tu, dah pukul 11.30mlm tau?  Esok I nak kerja tau?  My beloved hubby kata...tak nak tak pe la...biarlah kerusi ini berkampung kat tempat yang sama je la...Ok la...terhegeh2lah MMD siapkan penyapu, kain basah bagai...habuk pun banyak.

Hasilnya, akurium pun berpindahlah ke luar rumah.  Letak kat tepi dinding bersebelahan dengan rumah jiran.  Sakit tangan2 dan belakang kami berdua.  Walaupun akurium tu hanya ada separuh je airnya, beratnya ya rabbi....Ikan dah dapat rumah baru, MMD pun dapat pandangan mata yang baru.  MMD letak kerusi dengan L position.  Luas pandangan!!! Urusan siap dlm pukul 3pg. "Beleh" mata MMD..

MMD sebenarnya tak berapa suka tengok barang perhiasan/perabut terlalu sarat dalam rumah.  Dahlah termasuk dalam kategori malas nak menyapu, jika ditambah pulak dengan banyak barang2 perhiasan, lagilah bertambah penyakit malas tu.  Bukan apa, kena alih2 barang untuk menyapu tu yang menjadikan kerja senang jadi lambat.  Maklumlah, MMD mana ada bibik.  Boleh dikatakan hanya ada basic perabut je kat rumah MMD ni.

Menceceh panjang pulak MMD hari ni.


Gambar masa raya kat rumah my Mem Besar di kampung  baru2 ni. Nampak senget kan?  Tapi sebenarnya tidak, sebab MMD snap dari angle tepi.  Jangan betulkan mata anda.

As salam semua dan Salam Maal Hijrah.

Saturday, October 26, 2013

Pressure pressure

As Salam

Tak de tertekan pun.  Saje2 bagi title gitu untuk menceritakan tentang MMD yg baru mencuba pakai pressure cooker.

Dah 2 tahun lebih MMD ada pressure cooker ni.  Jenama Sugawa je.  Itupun masa MMD beli electric induction cooker untuk dapur MMD.  Kiranya MMD dah ada 2 set dah pun.  Satu yg kedua2 stove hanya boleh pakai stainless steel periuk je.  Itu dah 5-6 tahun dah MMD beli sebelum masuk rumah yang MMD tinggal sekarang.  Masalahnya MMD tak boleh pakai periuk selain dari stainless steel.

Yang baru ni, ada option lah, sebelah boleh pakai stainless steel (stove tu tak nampak cahaya apinya) dan satu lagi yang boleh nampak cahaya merah apinya.  Yang ini boleh pakai apa2 jenis periuk pun. 

Bila dah beli tu, MMD tekanlah salesman tu yang MMD nak itu dan ini sebagai hadiah tambahan.  MMD dah tak ambil periuk2 stainless steel sebab MMD dah ada sebelum ni.  Jadi MMD pilih, periuk mengukus, pressure cooker dan juga stove satu lagi yang single.  Senang untuk MMD bawa jika ke mana2 masa travel.

Buat pertama kalinya, MMD test pakai pressure cooker ni untuk masak sup tulang Qurban baru ni.



Memang cepat je memasak. Tak sampai 1/2 jam dah siap sup ni.

Hari ni MMD cuba pulak goreng ayam salut "bread crumb powder" Nona.  Belum habis memasak yang lain, dah habis ayam2 yang MMD siap masak di samun oleh Hakim dan Lea.  Isinya lembut berbanding kalau MMD goreng pakai dapur biasa.  Texturenya macam beli ayam di KFC gitu. Dalam 15-20min dah siap.


Ini MMD perkenalkan pembantu baru MMD...Wallllllaaaaaaa.
Bulan lepas MMD dipaksa oleh my beloved hubby untuk buat Nasi Dagang Terengganu.  Ini pun pertama kali juga MMD buat nasi dagang tanpa bantuan sape2.  Biasanya MMD selalu makan hasil air tangan adik MMD yang di Cheras tu dan juga my Mem Besar.  Maklumlah, balik raya baru2 ni kat Terengganu, my beloved hubby menuntut ilmu dengan tokey nasi dagang yang juga besan my Mem  Besar. Dia yang menuntut ilmu tapi MMD yang kena masaknya.

MMD pun menuntut ilmu dengan En. Google untuk cara memasak kuahnya.  My beloved hubby menuntut ilmu untuk buat nasinya je.  Sekerat jalan je belajar ilmu !!!!

Maka, jadilah nasi dagang hasil air tangan MMD yang pertama dengan menggunakan pengukus Sugawa yang dah beberapa lama diperap di dalam stor rumah MMD.

My beloved hubby siap panggil adik2nya datang ke rumah MMD untuk makan nasi dagang ni.  Alhamdulillah....tidak mengecewakan bagi orang yang pertama kali mencuba memasaknya. Kebetulan adik MMD yang di Cheras pun datang juga.  Memang langkah kanan juga buatnya.

Sekian, selamat makan2.

As salam.


Friday, October 25, 2013

Pengsan hidup semula

As salam.

Dah masuk 3 bulan MMD pengsan dari menulis kat blog ni.  Kiranya bukan je pengsan dah...kira K.O. pun boleh juga tu.

Cerita  hari raya Aidil Fitri, cerita hari raya Qurban pun tak sempat nak dikongsi, tup tup dah nak raya Deepavali pulak...  Anak2 pun dah nak khatam belajar untuk tahun ni.  Bulan depan nak start cuti sekolah lah pulak. 

Dah ada plan ke mana2 cuti sekolah nanti?  Ehmmmm...MMD tak dapat kemana2 pun pada bulan Nov sebabnya Lea akan masuk tahun satu sekolah agama awal untuk sesi suaikenal.

Urusan tahun 2014 lebih kurang cam ni...

1. Bulan Januari untuk urusan persekolahan anak2.
2. Bulan Februari ke Kuching
3. Bulan Mac kenduri kahwin di Terengganu dan juga sambut menantu di Pahang.

and the list goes on and on....haha haha.  Doakan MMD sekeluarga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik senantiasa.  InsyaAllah.

Nanti sambung lagi la yea...

As Salam.

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan - Selamat berpuasa

As Salam

Lama betul MMD tak update apa2 cerita kat blog kecil ni.  Ada juga beberapa kejadian lately tapi kekangan masa.  Itulah alasan biasa MMD kan?

Rasa2nya baru lagi kita meraikan hari raya tahun lepas.  Tup tup dah nak berpuasa pulak esok.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba esok, MMD sekeluarga memohon maaf jika ada coretan MMD yang menyinggung perasaan pelawat di blog MMD ni.  MMD juga berharap agar kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesederhanaan dan jangan sesekali membazir sewaktu berbuka puasa nanti.

Nanti-nantilah kemudian MMD update blog ni...Macam biasa...cerita basi.

Selamat berpuasa semua.

As Salam.

Tuesday, May 21, 2013

Hari pekerja, hari berkebun

As Salam

Hari orang bercuti sempena hari pekerja, MMD meredah ke nursery. Cadangan asalnya mencari anak pokok anggur.  Dah 3-4 tempat di area Port Klang MMD redah tapi tak ada satu pun yang menjual anak pokok anggur.

Tiba di satu nursery di Simpang Empat Teluk Pulai, MMD terus tertarik pada pokok longan. Pokok yang tak sampai 3 kaki tu dah mula berbunga.  Terus MMD beli bersama2 dengan 2 pokok rambutan anak sekolah dan juga sepohon cili api.  Pokok cili ni MMD buat sebagai pokok hiasan di atas meja batu.



Nak tengok?  Nak tengok?

Jom, cuci mata kat sini.  Dah siap MMD tanam pokok longan di dalam pagar kawasan rumah dan anak pokok rambutan di luar kawasan rumah.




Harap2 MMD sekeluarga dapat makan hasil pertamanya tak lama lagi.  Doakan pokok2 ini membesar dengan sihat walafiatnya.

Sekarang ni, 2 pokok mangga MMD sedang berbunga dan berputik dengan meriahnya.  Tengok dahannya dah nak sampai ke tanah gitu. Tak sampai sejengkal lagi ke tanah.




Jambu madu MMD dah menghasilkan buah yang agak banyak kali ni.  Ini sebahagian dari petikan MMD baru2 ni. Manis rasanya.  Alhamdulillah atas rezekiNya kepada kami sekeluarga.

Enjoy dan as salam.







Monday, May 20, 2013

Urusan Seri Paduka Baginda - den kayoooo

As Salam

Tiap2 tahun MMD akan submit income tax seawal mungkin.  Macam juga tahun ni, seawal bulan Mac bagi menjalankan tanggungjawab MMD sebagai pembayar cukai.

Ehmmmm...Alhamdulillah, MMD dah pun terima  cek untuk lebihan bayaran dari LHDN.  Tapi taklah sebanyak tahun lepas.  Bolehlah untuk cover road tax dan insuran kereta bulan Julai nanti.



As Salam.

Friday, May 17, 2013

The Glamour of Bollywood - SFFLA 25/04/2013

As Salam

Bulan lepas, MMD mendapat jemputan untuk ke gala dinner SFFLA yang diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam.   Makan malam untuk ahli2 yang berdaftar di bawah SFFLA.






Terdapat 134 buah meja keseluruhan di dawah ballroom ni.  Meja MMD bernombor 114.  Macam biasalah...tak pernah naik pun nombor tiket MMD.  Tak pernah lucky pun..huhuhu.

Antara hidangan yang disediakan. Yummy yummy.











Bergambar kenangan bersama kenalan lama dan baru yang semeja dengan MMD.



As Salam.




Thursday, May 16, 2013

Lea's 6th birthday - 07/05/2013

As Salam

Selamat hari ulang tahun ke -6  buat anak manjaku, Johana Lea Adira. Hujung minggu tu, kami semua ke Mydin Klang.  Beli jajan untuk dibagi2kan pada kawan2 kelasnya.

My beloved hubby yang melayan Lea mengisi jajan ke dalam goodie pack.  Warna pilihan Lea pastilah kena ada warna pink gitu.



Kebetulan 06/05/13 cuti di Selangor sempena hari mengundi pada 05/05/13 dan mula semula ke sekolah jatuh pada birthday Lea, pagi2 tu my beloved hubby bawak sekali 1 beg plastik besar berisi goodie pack ke sekolah Lea untuk cikgu bagi2kan pada budak2 kat sekolah Lea.

Kesian Lea dengan rambut yang terlebih pendek masa MMD potong rambut depannya pada hari orang mengundi tu.  Lea duk sibuk2 komen yang rambut depannya dah panjang.  Dah 2 minggu Lea mintak MMD potong rambutnya.  Bila dipotong, terpotong pendek pulak kali ni.  Marah Lea bila MMD usiknya macam Abu Bakar Elah.  huhuhu.


Petang tu, my beloved hubby pergi beli kek di Secret Recipe.  Tempat kegemaran kami sekeluarga.  MMD serahkan tugas memilih kek pada my beloved hubby je.  Inilah kek yang dipilihnya. Kek harijadi untuk Lea dan juga Hazry yang bakal tiba tak lama lagi iaitu pada 20/05/2013.   Celebrate sekali jalan.



Lea tak sabar tunggu MMD balik dari kerja.  Sampai je MMD kat rumah, terus diminta untuk potong kek.





Lepas potong dan makan2 kek, kami semua keluar untuk isi perut yang sebenar2nya.  Tempat pilihan Hakim pulak..... Pizza Hut...




Perut kami diisi dengan hidangan2 dibawah.





MMD sempat makan 2 keping pizza je.  Dah tak larat.  Yang lainnya di bungkus untuk dibawa balik.


Sekali lagi...selamat hari jadi sayang.....

As Salam






Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi -05/05/2013

As Salam

MMD mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga Malaysia.  Malaysia memilih.  Pilih wakil yang bakal mewakili suara kita kelak.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...