Tuesday, December 13, 2011

Bila anak bujang kemas halaman

As Salam

Cuti sekolah dah bermula.  Horey....

Aktiviti pertama untuk Hakim ialah menolong ayahnya bersihkan kawasan rumah.  Ayahnya dah potong rumput2 dan Hakim sapu dan buang sampah.  Senang je kan?

Jimat lagi MMD dari membayar upah orang memotong rumput.

Inilah jadinya bila anak bujang buat kerja....

As Salam.

Monday, December 12, 2011

CCM - Pulau Beras Basah

As Salam

Antara kami semua dah pernah naik cable car ke Gunung Mat Cincang in the previous trip ke Langkawi.  So, kami semua decided untuk ke pulau2 pulak kali. Kami pilih package offered by Aman lagi.  Reasonable rate for boat trip for 4 hours to 3 attactive locations.  Kami disediakan dengan boat besar untuk muatan 20 orang.

Hari kedua dimulai dengan trip ke Pulau Beras Basah.  Aman datang jemput kami untuk ke private jeti.  Berposing dulu sebelum berangkat.



Perasaan takut ada juga masa menaiki bot.  Laju jugalah pak cik tu tekan minyak.  Melambung2 jugalah budak2 yg duduk di depan bot.  Last sekali MMD naik bot ialah bot penambang untuk ke Pulau Duyung Terengganu, itulah masa MMD berada di sekolah menengah. Jeket keselamatan jangan lupa.  Mesti pakai.


Sesampai saja ke PBB, kami disambut oleh beberapa ekor monyet yang kelaparan.  Kesian. Kat sini tak ada toilet, so, jika rasa2 nak buang hajat tu...pandailah menyorok kat dalam semak2 kat situ dan masuk laut untuk cucian berseri2.


Pasir kat sini sesangatlah halus mulus dan putihnya.  Apasal di panggil beras basah yea?  Pasir di tepi pantai sememangnya basahla...  Mana pulak berasnya?

Kami lepak2 kat sini almost 1 hour.  Sempat juga anak2 mandi manda.  Budak2 ni pantang tengok air...sure nak terjun je kerjanya. Lea siap sedia untuk mandi2.





Tengok warning sign kat atas tu.   Ingat !



Jernih dan sejuknya air kat sini walaupun di tengah panas terik.



Posing ayu gitu....


Berposing dulu sebelum berangkat menuju ke next destination.  Selamat tinggal Pulau Beras Basah.

Sambung lagi.....

As Salam.

Satay korban

As Salam

Musim raya haji baru2 ni, dapat banyak juga daging, sedikit tulang & paru.  Sebahagiannya MMD dah bawak ke rumah adik MMD di Cheras untuk masak2 kat sana.  Kebetulan "mem besar" dah ada kat KL, ikut my sister yg balik ke Trg baru2 ni.

MMD sempat lah juga cuba untuk buat satay.  Ingat yea...pertama kali nak buat satay sendiri.  Bertahun MMD beli je bila nak makan.

Tak berapa nak cukup bahan2 perapan mungkin, tapi rasa dah ada.  Yang penting, kena cuba baru tau boleh buat tak lain kali.

Bakar guna electrik grill.  Hasilnya jadi macam ni.




As Salam.

Sunday, December 11, 2011

CCM - Idaman Suri

As Salam

Agak mustahil bagi seorang suri rumah ke Langkawi jika tidak singgah ke Idaman Suri atau ke Haji Ismail Group.


Sebagai bukti MMD adalah seorang suri rumah tangga dari kategori tu, MMD siap berposing lagi kat depan IS. Ini trip yg pertama untuk survey2 dulu.  Sebenarnya, tak survey pun, terus beli je 2-3 barang kecil kat IS.

Yang MMD survey ialah pinggan mangkuk.  Actually, kami semua pergi ke IS ni 4 kali sepanjang berada di Langkawi.  Begitu juga dengan Haji Ismail Group (HIG).  Tiap kali pergi, pasti ada saje beg biru atau hijau masuk ke dalam van. Ada sekali tu, BIL yang jadi driver tetap kami terpaksa menghantar barang2 1 trip balik ke apartment tanpa penumpang.  Sarat van tu.

Pilih MMD, jangan tak pilih.


Harga2 pinggan mangkuk sememangnya murah di IS dari di HIG. Tengok je kat area situ tapi tak beli yg tu pun.

Kat HIG, banyaklah juga membeli coklat untuk makan sendiri dan juga untuk hadiah pada staff2 kat office.  MMD pun memang "berhantu" dengan coklat ni. Pantang tolak..kih kih kih.

Happy shopping MMD!

Sambung lagi...

As Salam.

Sup torpedo

As salam.

Gambar ni dah lama ambil masa hari raya korban tempoh hari. Tahun ni gotong royong korban hanya dilakukan oleh orang2 lelaki je kat taman tempat MMD ni. Lagipun, tak banyak lembu yg terkorban kali ni berbanding dengan tahun lepas.

Malamnya ada jamuan makan2 dengan menu nasi putih, gulai daging dan yang paling istimewa sudah tentu supnya.  Sup torpedo.



My beloved hubby siap serahkan 2 ketul / mangkuk sup torpedo untuk MMD.  Dengan strawnya sekali.  Ehmmmm, sedap yang amat lebih2 lagi daging baru dan manis rasanya.

Kebetulan masa jamuan tu, ramai juga yg tak dapat hadir.  Lagipun, cuti panjang dan ramai yg balik kampung masing2.  Jadi adalah juga baki yg MMD dapat bawa balik ke rumah. Sebat lagi......

Makan jangan tak makan, jangan darah tinggi naik sudah.  Pesan my hubby.

As Salam.

Saturday, December 10, 2011

Cuti-Cuti Malaysia MMD - Langkawi Dec 2011

As Salam.

Projek ni asalnya MMD sekeluarga je yg rancang 3 bulan yg lepas.  Tapi bila dah terbuka mulut pada adik di Cheras, maka terjadilah rombongan cik kiah.  Pilihan family holiday pada tahun 2011 ni ialah Langkawi.  Kesemuanya 18 orang termasuk MMD sekeluarga, adik2 2 keluarga, my youngest sister dan juga my "mem" besar serta ibu mertua my sister.

Last sekali MMD sampai ke Langkawi ialah 3 tahun lepas.  BIL book apartment 3 bilik RM500.00 di Sri Lagenda, berada di pekan Kuah.  MMD pulak book van dengan Deena/Aman . Harganya agak reasonable.

Bertolak dari Port Klang pada 30/11/11 tengah malam dan sampai ke Kuala Kedah pada 5:30am pada 01/12/11.  Cari2 parking dan bayar RM35 untuk 3 hari kat situ.

Ambil 1st feri dan bayar RM23/adult dan RM17/children (3-12yrs old). Bertolak pada 7:15am dan sampai lebih kurang pukul 9:30am ke Jeti Kuah.


Walaupun ada sedikit masalah dengan van Kia Pregio yg sepatutnya disediakan untuk kami dari Aman, Aman telah menggantikannya dengan Toyota Hiace.  Muat semua orang ..he he he



Kerana kelewatan van, kami pun beredar dari Jetty Point agak lewat dan terus cari lokasi untuk makan tengahari.  Kami singgah ke Restoran Nasi Ayam Pak Ali.  Penuh satu kedai dengan rombongan  cik kiah MMD ni.


Dah kenyang kat situ, terus beredar ke apartment untuk check-in. Dari tempat parking kereta, kami terpaksa turun satu tangga ke bawah.  Jadi, tak jauh sangatlah dari swimming pool.  Budak2 terus tukar pakaian dan masa untuk terjunnnnnnn!

Pandangan dari balkoni apartment.

Apartment yg agak basic, 3 bilik, ada kelengkapan memasak, meja makan, seterika, TV, hot shower, dan ada arah Kiblat.

Semua kepenatan dan berehat sementara budak2 bersuka-ria di pool.  MMD lelapkan mata lah jugak sekejab.  Sambung lagi....

As Salam.

Famous Ter Amos cookies

As Salam


Lately MMD agak rajin...cewahhhhh. agak rajin tu...buat cookies. Dok baca2 blog kawan2, MMD ambil ilmu dari Myresepi dan cuba.  Not bad untuk cubaan pertama, buat satu adunan je. Itu yg mendapat permintaan dari anak2 untuk buat lagi dan lagi.

Since bukan semua bahan2 ada kat dapur, MMD guna je apa yg ada.  Ringkas tapi memang crunchy. Sedap betul......

Ini MMD perturunkan resepi yg sangat sempoi.

guna cake mixer untuk adunkan 1 cawan gula halus dgn 1 cawan mentega. bila dah putih, masukkan 1 cawan minyak masak, gaul lagi, masukkan 1 biji telur ayam. kemudian campurkan sesudu teh esen vanila, 2 sudu penuh susu tepung, 2 sudu susu pekat manis, 1/2 cawan serbuk koko, 2 sudu penuh tepung jagung. pukul rata2. masukkan 3 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. campurkan choc chip atau white choc chips,jika adunan terlampau cair, tambah gandum sedikit demi sedikit lagi, jgn terlalu kental. agak2 lah agar senang untuk dikaup dengan sudu dan letak di atas dulang pembakar. set oven pada 160 F selama 10-12min. siap.....
Selamat mencuba.
As Salam.

Friday, December 9, 2011

Burger bakar

As Salam

Macam biasa, stok ayam/daging burger selalu ada dalam peti ais.  Dalam bab2 burger ni, bukan kepakaran MMD.  Actually MMD tak ada kepakaran memasak pun.  Semuanya pakai hentam je bila masak memasak ni.

My beloved hubby punya acara.  Biasanya goreng burger, tapi kali, di grill nya burger tu.  Maklumkan grill baru..ha ha ha.  MMD duduk diam2 kat depan TV.  Tunggu urusan burger siap je.

OK tak persediaan oleh my hubby?


Ada baki lagi  bahan2 steamboat, pun kena grill juga.



As Salam.

Thursday, December 8, 2011

Menu orang malas

As Salam

Ada juga hari2 yg MMD sangat2 malas nak masak. Yang menjadi mangsa sudah tentulah my beloved hubby yg terpaksa start kereta dan bawak MMD anak beranak ke destinasi makan yg cepat dan ringkas.

Antara shopping complex yg berdekatan dengan rumah MMD ialah Giant Bandar Bukit Tinggi.  Apa lagi, pilihan kami ialah.....


As Salam.

Wednesday, December 7, 2011

Pari bakar vs steamboat

As Salam.

Lama benar rasanya MMD tak update blog kecil ni. Ada lah juga beberapa backdated entries yg akan keluar nanti.  Ada ke orang datang singgah kat sini dan baca?  Perasan sikit....kah kah kah.

Baru2 ni, MMD adalah beli grill dan periuk steamboat. Bukan yg berjenama pun.  Harga pun murah2 je.  Yang penting kegunaannya mencapai matlamat.

Banding punya banding harga di beberapa kedai elektrik dan juga di Courts, harga di Econsave lagi murah.  So, MMD pun belilah kat situ je.

Kalau dah beli, mestikah kena gunakannya!  Kalau tak, haru biru kena sound dek my beloved hubby.

Malam tu juga MMD berhempas pulak menyediakan bahan2 seperti ikan pari, ikan kembung..ha ha..itu yg dah kat dalam peti ais.  Untuk steamboat pulak, my beloved hubby beli kangkung, udang, fishball, fish cake etc etc.



Masa kat ES, Lea sempat sambar sepasang selipar merah jambu... ehmmmm, anak ku ni memang hantu merah jambu.  Semuanya nak warna merah jambu.  Tak kisahlah....asalkan dia gembira.


As Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...