Wednesday, May 25, 2011

City of Fish

As Salam

Ronda2 di Jeti Lumut.  Banyak arca2 berkaitan dengan hidupan laut kat sini.  Salah satu daya tarikan pelancong.

Layannnnnn...









Not so good holiday experience! - May 2011

As Salam

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10pagi pada 14/05/11.  Laluan yg direkomen adalah melalui Jln Kapar hingga ke simpang Hutan Melintang.  Nak ke mana tu, MMD?

Actually, MMD sekeluarga ke Teluk Senangin, Lumut Perak.  To be exact, nak ke Swiss Court Apartment, Lumut. MMD dapat tiket percutian percuma selama 3D2N di sana.  Terasa jauh juga perjalanan dari pekan Lumut ke Teluk Senangin.  Siap tersesat lagi hingga ke penghujung jalan di Teluk Senangin.  Berpatah balik dan akhirnya sampai ke Swiss Court.

To story more...from the main road, punyalah trill nya perjalanan untuk sampai ke sana.  Dahlah jalannya kecil, bengkang bengkok pulak tu.  Turun bukit, naik bukit, siap lalu ladang dragon fruit, ladang sawit lagi.  Agak2nya lebih kurang berkilometer jugalah ke dalam tempatnya. Kenderaan lain langsung tak ada yg berselisih masa MMD dalam perjalanan.

Dah register kat kaunter, MMD mintak if ada apartment at the ground floor.  Tau2 lah bcoz MMD ada anak istimewa sorang kan!  Nasib baik dapat.  Apartment no: D-GF-01. 

Layan dulu gambar2 yg MMD ambil kat bawah ni.







With a very basic apartment..OK la for 1 room apartment. Tapi yg tak bestnya..1st thing yg MMD minta dari housekeeping ialah Ridsect.  Why????  Actually, terlalu banyak L A L A T.  Masa buka pintu utama je, dah kelihatan lalat merata tempat dalam apartment tu.  Kat luar pun banyak. Housekeeper pesan, pastikan pintu dan tingkat ditutup, nanti banyak lagi lalat masuk.

MMD bukan saja bersama my dear hubby and kids but also with my mother and my youngest sister. Padat dlm satu Exora.  he he he.

Terduduk kejab kat sofa memikirkan apa aktiviti yg nak di buat selama 3 days at Swiss. Dengan serangan lalat yg hadoooo...tempatnya yg jauh nun di hujung dunia....tempat makan yg jauh (selain dari Swiss Hotel la), laluan keluar masuk yg agak bahaya la from my opinion specially at night, terfikir jugak if we check out and naik ke Penang or go to Pangkor.

So, we decided keluar dan cari makan dulu kat Lumut Town dan check on the Pangkor's option. Lepas makan, kami survey beberapa tour companies  and YES...we are going to Pangkor.

At night, on our way back to Swiss, another sister called and said, she and her family reaching Lumut and will join us at Swiss.  Horeyyyy, sure gempak bila berkumpul ramai2.  Nasib baik apartment.  Boleh berlonggok kat living area.

The next day, we check out and wait for another story from me. Burn 1N at Swiss.  No problem at all  compare dgn situasi yg akan dihadapi for the next 2 days.  Kata orang, dah sampai kat sini, sure MATI KUTU!!

Conclusion nya:
1.  Swiss sesuai untuk orang yg ber'golf'.
2.  Orang yg ingin lari dari kesibukan kota.
3.  Orang yg mencari ilham.
4.  Orang yg putus asa, putus cinta..ha ha ha





Masa check out, receiptionist ada bagitau yg tempat sini memang kilang buat lalat pasal ada 2-3 ladang ayam berhampiran di cerun2 bukit dan juga berhampiran dengan pantai Teluk Senangin yg mana pelaut2 bawa balik tangkapan ikan pada setiap hari.  Ehmmmm. patutla...

As Salam.

Friday, May 20, 2011

Pintal sayang!

As Salam.

The only daughter in the family, Lea memang suka rambutnya dihias.  Dari kecil hinggalah dah berumur 4 tahun, setiap hari ada saja style yg digubah pada rambutnya.  Jika MMD tak berkesempatan, pembantu rumah MMD pun rajin melayan rambut Lea. 

Lepas je siap mandi, mesti dia bertapa lama dalam bilik.  Bukannya buat apa...urusan pintal memintal rambut.  Bukan saja poney tail, kadang2 tu, sampai 5-6 jalinan rambut di kepada Lea. Lea memang tahan kepalanya di godek2 hinggakan getah yg berwarna-warni kehabisan stock kat rumah.  Dah pakai, then lupa letak kat mana2. Sampaikan, getah pengikat barang pun dia sapu dari laci dapur.

Salah satu stylenya, tengok kat bawah ni....




Simbol "peace" tu tak tinggal.  Tengok cara abangnya la tuu...

Layan yg ni pulak...





As salam.

Thursday, May 19, 2011

The menu

As Salam



Kali ini, MMD telah memilih untuk mendapatkan khidmat katerer untuk majlis tahlil.  Jiran setaman dengan MMD juga.  Jadi, senanglah untuk berbincang tentang menu dan juga harga. Lagipun, ianya sebagai satu cara promosi untuknya yg pertama kali di buat di taman tempat MMD tinggal.  Sebelum ini, mereka hanya buat di Papar, Sabah dan juga untuk jamuan di tempat kerjanya.



Pilihan menu MMD ialah nasi beriani, kari daging, ayam masak merah, acar timun, pajeri nenas, manisan seakan yogurt jagung, air limau nipis, air limau dan sebagai tambahan, mereka sediakan juga sebalang air buah-buahan campuran.



Masakannya sedap dan kena dengan selera MMD sekeluarga. Harganya RM8.50 sekepala.  But for me...with an extra discount. Jiran kan!!!



Nasi beriani:



Kari daging dengan kentang:



Ayam masak merah:



Acar timun:



Pajeri nenas:



It's me ! Sebahagian dari hidangan pada hari tersebut:



Antara isi kandungan goodie bag.  Nak tempah? Tengok sini



As Salam.

Wednesday, May 18, 2011

Majlis Tahlil vs Mother's day - 08/05/11

As Salam

Terlaksana sudah hajat & niat mengadakan majlis tahlil.  Ramai jiran tetangga lelaki yg datang semasa bacaan Yaasin & tahlil arwah. Selepas selesai tahlil, rumah MMD dikunjungi oleh para2 ibu.  MMD ambil kesempatan berjumpa untuk meraikan mereka sempena Hari Ibu yg jatuh di hari yg sama kenduri yg MMD anjurkan.

Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar.





Buah tangan untuk majlis tahlil.

As Salam.

Thursday, May 12, 2011

Faces of her 4th birthday - 07/05/11

As Salam

Aksi2 menariknya pada hari ulang tahun kelahirannya yg ke-4.  Happy birthday to Johana Lea Adira pada 07/05/11 baru2 ni.








Kebetulan hampir kesemua adik-beradik MMD serta anak2 buah datang berkumpul untuk majlis tahlil keesokkan harinya, MMD organised a small BBQ for them.  Ayam perap sos bubu dan juga black pepper Kenny Rogers, sosej dan juga nasi goreng ikan bilis special.  Nasi goreng dimasak oleh adik MMD, Yus namanya. Sedappppp.





As Salam.

Wednesday, May 11, 2011

Pelapik Angsa

As Salam

Hari ini datang satu parcel di office.  Kata yg menghantarnya..hadiah untuk majlis kenduri bcoz tak sempat sampai ke Port Klang on time hari Ahad yg lepas.

TQ Ms Sharon Leong.  Inilah dia..pelapik gelas berbentuk angsa yg diperbuat dari kayu.  Cantik...


As Salam.

Wednesday, May 4, 2011

Village View Restaurant (Reko) Sdn Bhd

As Salam

Kat mana tu?  Pun tak jauh..kat Bandar Baru Bangi, Kajang je. On the way balik dari Nilai 3, brother in-law MMD yg propose to have a dinner here. Lagipun, perut dah berkeroncong sakan, lapar & penat ber'window shopping. Kami ke Nilai 3 dengan 2 kereta. Yang bestnya, dia bawak kami semua explore jalan2 baru dan short cut.  Siap naik jejantas, lalu lorong sempit2..eeee. if MMD sorang2, gerenti tak lalui jalan2 tu. Tau2, dah lalu depan UKM, BB Bangi.

Berada di jalan besar, dari jauh dah boleh nampak signboardnya.



Dengan pintu gerbang yg menarik, ruang makannya besar, ada 2 ruang, bahagian depan dan juga di belakang.  Siap ada kolam ikan.  Waiternya pun ramah mesra. Masa kami sampai, tak berapa ramai orang, tapi dah dekat pukul 9mlm, pandang sekali lagi..opppsss, dah penuh!  Waktu menunggunya pun tak berapa lama.  OK la..

Sebahagian pilihan menu MMD pada malam tu..





On the left, Mem Besar..my dearest mother.

As Salam.

Tuesday, May 3, 2011

Eifel Tower Di Malaysia

As Salam

Tak percaya?  Bukan di France saja ada Eifel Tower, itulah kreatifnya rakyat Malaysia.  Pernah jumpa di mana2 ke?

He he he...tak jauh tempatnya.  Hanya di Nilai 3.  Apa? MMD ke Nilai 3 lagi? Rasa2nya last post baru je cerita pasal Nilai 3.

Apa nak buat...last weekend dah terjebak dengan pujukan my younger sister di Cheras. Dah siap2 had lunch at her house, terus je ter'plan ke Nilai 3. Actually, MMD tak ada plan nak beli apa2 pun. Sekadar meramaikan rombongan Cik Kiah since my mother pun ada.  Tapi MMD beli lah juga 2 set cadar single baru untuk my son & my daughter, dah alang2 ke sana, tak kan nak balik tangan kosong kan?

Berbalik pasal topik kat atas tu,  bukan je Eifel Tower yang ada, siap ada Helang Langkawi, binatang2 lain juga ada, mungkin dari Zoo kot mereka pindah sementara kat situ...sebenarnya binatang batu !

Tara....


As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...