Showing posts with label Malaysia - Perlis. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Perlis. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

CCM - Taman Ular & Reptilia - 24/01/13

As Salam.

Alang-alang dah nampak signage ke Taman Ular, my beloved hubby ikut je.  Sampai kat sini lebih kurang 4:30pm. Berada di Jalan Sungai Batu Pahat.  Yuran masuk murah je tapi MMD tak ambil pot sangat sebab kami semua tak masuk.  Hakim nak masuk tapi Lea takut.  Tak kan nak tinggal dia kat luar kan? Jadi kami pun decide tak yah lah masuk.  Sure tengok ular je pun.

Kat situ ada juga perkhidmatan naik train dari Taman Ular ke Taman Anggur.  Tak mahal pun bayarannya.  Malangnya, kena tunggu 10 family baru boleh gerak.  Jenuhlah kalau macam tu.  Kat luar tu ada 2 family je termasuk MMD.


Jadi kami hai hai bye bye Taman Ular ni.

As Salam.

Wednesday, March 6, 2013

CCM - Istana Arau - 24/01/13

As Salam. 



Keluar dari BKH, kami redah mencari arah ke Arau.  Istana Arau adalah tempat tujuan yang tercatat di dalam list MMD bagi tempat untuk dikunjungi. Adalah beberapa tempat yang MMD listkan selepas baca blog kawan2.  Tak kiralah mana sampai dulu sebabnya kami memang kes redah meredah je.

Jumpa signboard Arau dan jumpa juga signboard menunjukkan Taman Ular.  Eh eh...tiba2 dah nampak Istana Arau pujaan hati.  My beloved hubby dah tak nak turun.  Lea pun dah tertidur, sama juga dengan Hakim.  Lagipun Istana Arau berada di laluan utama dan kereta lalulalang agak laju juga. MMD paksa Hakim bangun untuk ambil gambar MMD.  Kesian dia....Dengan mata terkebil2 dia snapkan gambar MMD.



Hasil bidikan Hakim.  Semuanya jauh sebatu dek kerana Hakim tak nak bergerak dari tempat dia berdiri. Hanya MMD je yang bergerak.  Tak pe lahhhh...asalkan MMD sampai di tempat yang disebut2kan ni.

As Salam.


Tuesday, March 22, 2011

My sweet sweet sugar Perlis - Jan 2011

As Salam.

Terpukau dengan keluasan kawasan tanaman gula di Perlis.  Sejauh mata memandang.  Tapi yg hairannya..apasal kadang2 gula tak cukup di kedai2.  Apa2 pun, kat rumah MMD kurang menggunakan gula.  Kadang2 sebulan pun tak leh nak habiskan gula sekilo. Yang penting, kurangkan gula dalam makanan tapi mesti lebihkan manis dalam senyuman.  Petua awetttts muda!

Dalam perjalanan ke Padang Besar.

Sawah padi la....

Pokok tebu bersepah2 hingga tepi jalan.  Tak de pulak orang berhenti kereta menikmati beberapa batang tebu buat basah tekak yg kering.




As Salam.

Monday, March 21, 2011

From Penang to Padang Besar - Jan 2011

As Salam

Dah alang2 berada di Penang, we decided naik ke Padang Besar. Tak shopping sangat tapi adalah beli beberapa helai baju untuk anak2.  Lagipun dah banyak tahun tak ke Padang Besar.

Peringatan pertama...jangan seludup barang! Jaga-jaga depan ada Kastam!

Di kedai dekorasi rumah.

Cantik2 semuanya.


Di komplek bebas cukai. Jom cuci mata!



My hubby borong buah gajus, kerepek2, siap beli sos tomyam botol besarrrrr lagi!

Pernah jumpa atau minum soft drink ni? Jenama Maksuri, warna hijau, jernih & biru.

Banyak huruf2 dah tarcabut...sapela nak baikpulih ni?


Dah tak jauh MEKAH...hanya 6685km je dari Kedah. InsyaAllah, akan sampai ke sana satu hari nanti.
On the way back to Penang.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...