Showing posts with label Malaysia - Kedah. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Kedah. Show all posts

Monday, March 25, 2013

CCM - 3D Tunku @ Hotel Royale Alor Star -25-26/01/13

As Salam

Dah hampir senja dalam perjalanan ke Alor Star dari P. Besar.  Perjalanan kami diiringi bersama2 dengan matahari terbenam. Indahnya kejadianNya.

MMD menapak juga ke beberapa hotel untuk check room availability tapi kebanyakannya fully booked. Maklumlah, masa MMD sampai pun dah lebih kurang pukul 9pm.  Tak lah berapa mahal room rate kat Alor Star.  Akhirnya, MMD memilih untuk bermalam di Hotel Royale, harganya tak sampai seratus pun dengan 3 katil untuk family.  Kalau bilik biasa, hanya RM88 je masa promosi.

Bersandar my beloved hubby.  Penat memandu.  Kesian kat dia...MMD ada lesen memandu tapi buat pekasam je dlm purse.  Pernah my beloved hubby kata...begitu lama simpan lesen, kot2 nanti boleh bawak traktor pulak.



Team bowling punya T-shirt.  Ni yang MMD tempah nama dengan tulisan tangan dengan budak U kat komplek P.Besar sebelum ni.

Teka siapa yang tidur berselimut penuh ni???? Clue nya ialah, dia tak tahan sejuk dan masih pakai diaper.  hu hu hu.

Lea dengan t-shirt dan getah rambut barunya.
Dengan sekeping frame, ianya mencerminkan 3 wajah berbeza.

 
MMD dan my beloved hubby di lobi hotel.  Simple dan kemas je. Kat sebelah luar hotel, ada Kenny's Roger Restaurant.  Meleleh air liur anak2 MMD  hu hu hu.

Ini hari nak check out dari hotel.  MMD bermalam satu malam je sebelum ke destinasi seterusnya.
Hazry tak de dalam gambar.  My beloved hubby dah siap2kan dia masuk dalam kereta.  Kat luar tu panas sangat. Abang Hakim yang snapkan gambar kami.

Jumpa lagi. As Salam.

Tuesday, March 5, 2013

CCM - Bukit Kayu Hitam 24/01/13

As Salam.

Kalau dari rumah, MMD & my beloved hubby hanya merangka2 perjalanan kami yang kira main redah je.  Hotel pun kami tak book in advance pun. Sekali nak stay di Penang, sekali nak stay ke Alor Star, last2 dalam perjalanan, kami decide untuk naik ke Bukit Kayu Hitam dulu.

Sampai ke check point BKH lebih kurang pukul 10:30am, siap tersilap jalan lagi.  Macam biasalah bagi kami.  Kalau ke mana2 dan tak sesat, itu bukanlah kami. Buat U-turn dari pejabat Kastam dan punyalah panjang kereta Q untuk ke kompleks BKH.

Itu sebabnya ucapan Welcome to Malaysia kami jumpa dulu.  Keluar dari Malaysia belum lagi tapi dah dapat ucapan selamat datang.


Pukul 12:30 tgh baru lepas dari check point. Kereta berduyun lagi kat belakang.  Yang tak bestnya bila ada pemandu yang tak sabar dan potong Q.  Kurang adab di jalan raya la tuuuu.

Kami parking di depan kompleks zon bebas.  Masuk kat situ macam masuk pasaraya Econsave je.  Tak ada yang menarik perhatian MMD kat situ kecuali lokasi menjual coklat je.  Harga barangan kat situ tak banyak bezanya dengan di Port Klang.  Untuk minuman keras mungkin berbaloilah non-Muslim bershopping kat sini.

MMD bertanya kat salesgirl kat situ, ini je ke kawasan zon bebasnya?  Hairan juga MMD, punyalah banyak kereta beratur nak masuk kat sini, tapi pelanggan kat bangunan ini rasa2nya macam boleh kira dengan jari.

Barulah MMD tahu yang ada lagi satu bazar di luar bangunan tu.  Patutlah tak ramai orang kat bangunan tu. Akhirnya MMD sampai juga ke Bazar Bukit Kayu Hitam tepat pada pukul 1 tgh.  Mata pun tak boleh nak buka, matahari kat atas kepala.


Kami di deretan kedai2 kat bazar tu.  My beloved hubby sebat sepasang kasut kat situ.


Abang Hakim try test kemeja tu tapi last2 tak jadi beli pulak.


Kedai2 kat sini bertingkat2 dek kerana berada di  atas bukit dan setiap kali itulah kami terpaksa mengangkat Hazry dengan wheelchairnya. Singgah makan di kedai yang paling atas puncak sekali. Tak mahal manapun harga makanan kat situ. Hazry yang biasanya makan bubur, terpaksalah makan nasi yang direndam dulu dengan sup ayam.  Kesian Hazry tak jumpa buburnya.

MMD hanya belikan t-shirt je untuk anak2.  Tujuan utama datang kat sini adalah untuk kenal tempatnya yang MMD tak pernah sampai sebelum ni.  Turun dari bazar, MMD singgah semula ke bangunan zon bebas untuk membeli sedikit coklat.



Hakim tengah promosi coklat Alfredo.


 Berangkat keluar dari BKH untuk menuju ke Perlis.  Jumpa di sana.....

As Salam.


Monday, March 4, 2013

CCM - Berkabus di Utara - 24/01/13

As Salam

Pada 24/01/13, MMD sekeluarga bertolak ke Utara Semenanjung sempena dengan cuti 5 hari (tambah cuti sendiri ha ha ha).

Bertolak dari Port Klang pada 4pagi dan mengharungi suasana berkabus di pagi hari di highway. Kalau abang Hakim, katanya, kawasan sejuk bu...itu kata2nya masa umur 4-5 tahun dulu kala. Suasana pada pukul 8:30pagi.






Bukan selalu dapat melihat pemandangan begini yang begitu nyaman dan salju gitu kan?

As Salam.

Thursday, December 22, 2011

CCM - finally over!

As Salam

Rasa2nya semua dah naik muak baca entry2 yg MMD sediakan sebelum ni kan?  Masih nak baca ke?  Terima kasih je la yea...

Ini entry terakhir untuk Cuti Cuti Malaysia MMD pada Dec 2011.  Ingat entry yg lepas, MMD ada juga borong barangan dari Idaman Suri di Langkawi.   Nak tau apa yg MMD beli ?

Ha ni dia...sebahagiannya je la yea.


Pilihan MMD sudah tentu pinggan mangkuk porcelain.  Sebab?  Ianya berat.  Itu je sebab yg menjadikan porcelainware ni pilihan hati.

Sekian dahulu untuk kisah2 cuti2 MMD kali ini.  Kunjungi lagi blog ni untuk ceritera yg lain pulak.  Selamat bercuti pada yg masih menikmati waktu terluang tu.  MMD dah back to work.

As Salam.

Tuesday, December 20, 2011

CCM - Kawan baru dan selamat tinggal Langkawi

As Salam

Inilah dia Deena, pemilik blog yg cantik ni. Sedang mengandung 5 bulan masa MMD jumpa di Langkawi.  Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan kali ini.

Sebenarnya, MMD berkenalan dengan Deena melalui cik kak merah.  Banyak urusan sewa kereta dan bot dengan suaminya, Aman.  Tak sangka dunia ni kecil, Deena pun pernah bertugas di Port Klang.

Harga berpatutan dan boleh dirunding, ada Island Hopping, ada Mangrove tour dan juga kereta sewa serta package percutian.

Jangan lupa support Deena dan Aman OK!

Sampai ke Jetty Point lebih kurang 12:15 tengahari.  Terus ke kaunter tiket dan masih sempat lagi untuk naik feri pukul 1pm.  Barang2 tak banyak, hanya sekadar bawa balik beg pakaian yg di bawa dulu dan sedikit barang2 kecil.  Lagipun barang2 yg besar dah naik lori ke KL.

Pemeriksaan kastam pun tak susah langsung.  Tak perlu nak buka2 beg bagai.  Lagipun sekarang barang2 mesti melalui scanner.  Masa dulu, kena buka beg dan berteraburlah isi beg dek di check oleh pegawai kastam.  Penat susun2 baik2 dalam beg, dah jadi rojak pulak.  Tapi MMD belum pernah lagi kena pemeriksaan sebegitu masa MMD keluar dari Langkawi dulu. 

Feri yg ni memang besar dan luas.  Ada 3 barisan semuanya.  Berbanding waktu datang tempoh hari, hanya ada 2 barisan kerusi je.

Selamat tinggal Langkawi.  Ehtah bila boleh datang lagi.  Percutian keluarga yg paling enjoy!

Bersambung lagi.

As Salam.

Monday, December 19, 2011

CCM - Naik lori??

As Salam

Biar betul...pergi holiday naik lori?  Tak lah! Sebenarnya, kiriman barang2 kami yg terpaksa di hantar dulu untuk balik ke KL naik lori sebelum kami semua berangkat dari Langkawi.

Kebetulan BIL kepada my BIL ada projek pasang khemas untuk LIMA tu, dan lorinya balik kosong ke KL, apa lagi, itulah sebabnya kami semua berborong sakan di IS.  Ingat tak MMD ada bagitau yg pernah van hanya hantar barang2 je balik ke apartment tanpa penumpang?  Sarat van tu!

Ini antara 15 jumbo bag yg naik lori.

Nampak tak yg semua plastik berwarna biru?  Itu tandanya barangan belian dari Idaman Suri. MMD punya...he he he he he..semuanya 4 jumbo bags kau! Apa benda yg MMD beli??? Tunggu .....

Bersambung lagi...banyak lagi cerita ni.....

As Salam.

Sunday, December 18, 2011

CCM - Makan malam terakhir!

As Salam

Makan malam terakhir di Langkawi.  Kami singgah di Nyior Gading.  Sebenarnya, termpatnya tak jauh dari Sri Lagenda Apartment.  Kami tak plan pun untuk makan malam kat mana2.  Asal jumpa dan nampak meriah, kami redah je.

Antara menu pilihan abang2 macho di group kami...saja2 bagi mereka pilih.  Ibu2 sibuk melayan anak2. Sup tulang, siakap bakar, siakap stim.



Sedap! Itu pandangan MMD.  Sedap!

Bersambung lagi...

As Salam.

Saturday, December 17, 2011

CCM - Tengok udara, tengok air

As Salam

Dah puas berposing2 kat BT, kami pun meronda ke Langkawi Airport.  Kebetulan ada aircraft dah hampir nak landing.  Ramai juga penduduk Langkawi beriadah kat luar airport yea....Tunggu kapalterbang turun atau naik.  Sama hebat dengan apa yg berlaku di Kelantan. 

Sempatlah juga MMD snap photo kapalterbang yg berada betul2 di atas kepala MMD.

Dekat kan?  Atas pagar je semasa kapalterbang nak masuk ke ruangan airport. Bukan selalu kita dapat peluang ambil gambar kapalterbang di udara dalam jarak yg dekat.

Tak jauh dari situ, ada go-kart racing circuit.  Lupa pulak nak snap gambar. Lepas tu kami ke Underwater World.  Cam biasa...memang tak masuk dan memang dah tutup pun masa MMD semua sampai.  MMD dah pernah masuk dulu. Dah 2 kali.  Sekali masa mula2 kahwin dan sekali lagi 3 tahun lepas.


Sambil menyusuri Pantai Cenang yg agak "hidup" pada setiap masa, driver tetap kami, BIL bawa kami semua meronda hingga ke Awana Porto Malai Langkawi.


Belum mampu lagi nak stay kat situ bermalam2..he he he he

Masa keluar dari APM ni, keadaan agak suspen juga.  Diesel dah tinggal sedikit je lagi.  Rasa perjalanan balik untuk cari petrol station cukup jauh.  Itupun BIL guna jalan shortcut. Dalam hati berdoa agar terjumpalah mana2 petrol station.  Pakai GPS pun tidak membantu.  Dah jumpa satu station tapi tak jual diesel pulak...haru!!!  Akhirnya dah tak jauh dari pekan Kuah, barulah jumpa diesel.  Ahhhhhhhhhh...semua melepaskan nafas lega.  Dah isi diesel, barulah masing2 rasa lapar.  Tadi semua rasa cemas gitu....

Bersambung lagi..

As Salam.

Friday, December 16, 2011

CCM - Beras Terbakar / Burnt Rice

As Salam

Bergerak ke destinasi ke dua.  Beras Terbakar, Padang Matsirat, Langkawi.  Nak tau sejarahnya, cari En. Goggle la yea..ha ha ha ha



Sebelum sampai ke kediaman antik di mana terletakkan ruangan beras yg dikatakan di bakar tu, kami melalui deretan kedai2 di kiri dan kanan jalan.  Kedai yg berbumbung dan sangat selesa bershopping walaupun dalam keadaan hujan atau panas.  But...harga barangan di sini agak mahal.  Benda yg MMD sempat bandingkan sudah tentulah minyak gamat. 

Di Kota Mahsuri, 15 botol minyak gamat berharga RM8.00.  Nenek yg menjual tu siap bagi 1 botol pati minyak gamat percuma lagi untuk MMD.  Ye lar...semua orang jual dengan harga dan kuantiti yg sama.  Jadi MMD bagitau nenek tu, kalau dapat lebih, MMD beli dengan nenek tu...yahooo. memang nenek tak kedekut.

Di Beras Terbakar, dengan 15 botol, ada dijual dengan harga antara RM10-RM12.  Berbeza kan????


Bergambar keretapi anak beranak. Habis tangga2 tuan rumah ni berpasir.  Tuan rumah, terima kasih kerana sudi bagi peluang kami bergambar kenangan dengan rumah warisan ni yg cukup cantik.



Opssss, Hazry tak ada dlm list.  Nah, bersama2 dengan Hazry.


Bersambung lagi...

As Salam.

Thursday, December 15, 2011

CCM - Makam Mahsuri

As Salam

Selepas trip ke TDB dan berehat sebentar di apartment.  Petang tu, kami semua membuat lawatan ulangan ke tempat2 yg pernah kami kunjungi pada lawatan ke Langkawi sebelum ni.  Lagipun my mother and my sister's MIL baru pertama kali datang ke Langkawi.

Tempat pertama di Makam Mahsuri.  Memang plan untuk tidak masuk pun, sekadar bergambar dan melihat2 barangan jualan yg dijual di gerai2 di tepi Kota Mahsuri tu.  MMD hanya setakat membeli minyak gamat.  Actually minyak gamat yg MMD beli masa 3 tahun lepas masih ada lagi.kah kah kah.  Tamak punya pasal.  Ye lar....maybe tak akan ke sini lagi dalam masa yg terdekat ni.


Tengok keturunan Mahsuri iaitu Wan Aishah.  Cantik orangnya, yg berkahwin dan menetap di Phuket, Thailand.


Ada iras2 muka Misha Omar kan? 

Bergambar kenangan dengan my mother and youngest sister.


Bersambung lagi...

As Salam.

Wednesday, December 14, 2011

CCM - Tasik Dayang Bunting

As Salam.



Destinasi terakhir ialah ke Tasik Dayang Bunting.  Tiba ke jeti di TDB, kami sekali lagi disambut oleh monyet2 yang kelaparan. Penyambut tetamu tak bertauliah.  Pak cik bot pesan agar jangan membimbit makanan atau botol minuman, pasti monyet2 tu akan cuba ragut dari kita.  Kiranya monyet2 tu bakal menyerang kita.  Seram jugak kan?

Perjalanan MMD bersama dengan Hazry yg berkerusi roda agak sukar kerana terpaksa memanjat tangga2 ke arah bukit.  Perjalanan pergi tidaklah sesukar berbanding dengan perjalanan balik.  Hanya pada satu peringkat terakhir je, Hazry terpaksa di dukung menuruni bukit untuk sampai ke pelantar di atas tasik.

Macam biasa, budak2 dah tak sabar nak berenang.  Sewa life jacket RM5.00 + deposit RM5.00 setiap satu. MMD tak mandi pun.  Hanya membersihkan Hazry yg telah membuang air besar di dalam diapernya.   My beloved hubby yg mencebok dan MMD pegang Hazry kuat2, badan Hazry je di rendam dalam air tasik.  Akhirnya Hazry siap dengan mandi sekali. Lea tak berani mandi kat sini.  Sekadar tengok abang/sepupunya je mandi.


Ada satu spot yg ikan2 keli berkerumun pada kaki2 yg dibiarkan berjuntai ke dalam air.  Banyak pulak tu.  Tapi MMD tak berani bila mengingatkan berita baru2 ni yg spa ikan banyak ditutup perniagaan kerana kes jangkitan HIV.


Tempat yg kami semua berkumpul, adalah juga 2-3 ekor ikan di tepi pelantar.  My hubby akhirnya berjaya menangkap seekor ikan dengan menggunakan plastik roti je.  Sudah tentu my beloved hubby tak berani nak bawa balik.  Lagipun, kata orang tua2, jangan bawa balik apa2 dari hutan atau dari tempat2 terpencil.



Mendukung Hazry untuk naik ke atas adalah pengalaman paling berharga.  Rasa2 macam nak putus nyawa mendukungnya yg agak berat juga.  Ye la...dia berharap pada kita 100%.   My hubby bawak wheelchairnya.  Walaupun tangga untuk naik tu tidaklah terlalu tinggi, tapi kami berhenti pada setiap beberapa langkah untuk tarik nafas panjang.

Rasanya2 MMD tak mungkin akan datang lagi ke TDB jika Hazry masih lagi berkerusi roda.  Tiada kemudahan untuk orang2 yg macam Hazry/OKU.  Nasib baik Hazry masih kecil.

Sebelum balik, macam biasa, berposing lagi beramai2.


Pak cik bot berhenti seketika dan memberitahu pada kami semua yg gunung inilah berupa perempuan bunting.  Wallahualam....


Sesampai saja ke jeti, kami semua baru rasa kelaparan.  Naik van dan terus pusing2 cari tempat makan yg sesuai....Nah....ini dia, Sinar Purnama Nasi Campur.


Itu tokey nya.  Pilihan makanan pun banyak dan harganya berpatutan. Di sebelahnya kedai nasi ayam.  Portion nasinya pun banyak.

Sambung lagi...

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...