Wednesday, March 15, 2017

Jom Mengaji

As Salam

Mulai awal tahun ini MMD dah masukkan/daftarkan Lea untuk mengaji dengan Ustaz Aiman yang datang mengajar 4 kali seminggu di Surau As Sadijin di taman perumahaan MMD.  Ustaz Aiman adalah tenaga pengajar di sekolah tahfiz Al Munirah, Johan Setia, Klang.

Di sekolah agamanya pun MMD masukkan juga Lea mengaji dengan guru kelasnya selepas waktu belajar.

Bukannya MMD tak boleh ajar Lea.  Tapi tu lahhh.  Bila anak2 ni belajar dengan ibu sendiri, bukan main banyak alasan, nak minum lah, nak ke tandas lah.  Last2, mengaji dengan orang lain, elok pulak disiplinnya.  Rasanya ramai yang menghadapi masalah yang sama dengan MMD kan?

Ni masa hari pertama join kelas mengaji Ustaz Aiman.  Macam mak datin nak pergi mengaji jer!!!


Ada lebih kurang 20 anak2 yang mengaji di surau.  Dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap bacaan masing2.  Bermula dari 9.20mlm hingga 11.20mlm pada setiap hari Jumaat. Ustaz pun ada buat grup dengan ibubapa untuk update tahap bacaan anak2 masing2 dan juga jika sudah selesai mengaji untuk datang menjemput anak masing2.






Untuk Lea, MMD minta ustaz tunjuk ajar dari surah pertama di buku Mukaddamnya.

Semoga Lea akan terus lancar dalam bacaan al Qurannya.

Sekian. 


1 comment:

100 cotton percale sheets said...

Mulai awal tahun ini MMD dah masukkan/daftarkan Lea untuk mengaji dengan Ustaz Aiman yang datang mengajar 4 kali seminggu di Surau As Sadijin di taman perumahaan MMD. Ustaz Aiman adalah tenaga pengajar di sekolah tahfiz Al Munirah, Johan Setia, Klang.
limelight summer collection stitched
limelight eid collection stitched

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...