Friday, April 8, 2016

Free & Easy Ho Chi Minh City - Day 3 - 25/02/16

As Salam

Bertemu lagi di entry hari ke-3 di Ho Chi Minh.

Hari ni MMD sekeluarga akan ronda2 bandar HCM dengan berjalan kaki je.  Kawasan yang dekat2 je dengan hotel.




Isi perut dengan bersarapan dulu.  Hakim sayang kat tidurnya.  Tak nak ikut.  Malam tadi dia berjaga menghadap PC kat lobby, main games katanya.  Hazry dah pun MMD siapkan bersarapan di bilik dan tinggalkan sebentar dengan Hakim sementara MMD naik bersarapan di roof top.  Kalau tidak, jenuh MMD dengan my beloved hubby kena usung Hazry ke atas.  Bukannya Hazry makan pun.

TAKA PLAZA



Tempat persinggahan yang pertama di sini.  Yang kelakarnya banyak kedai2 belum buka masa MMD sampai.  Aikkkk, tak kanlah kami terlalu awal nak shopping!!!  Singgah ke beberapa lot kedai yang ada tapi tak ada yang berkenan.  Kebanyakan barangannya harga tetap.  Ada yang offer discount pun setakat RM1-RM2 je.

Ingatkan MMD dah awal sampai, rupanya ada adik2 perempuan 2 orang siap bertangga lagi kat situ. Tangga di ruang tengah untuk naik ke atas.  Siap ketawa kami semua.  Gigihnya kami nak bershopping.

Bila keluar, lagilah ketawa sakan dengan my beloved hubby yang menunggu MMD di pintu luar Taka Plaza.

Dalam berjalan pelan2 menyusuri jalan, MMD singgah ke satu butik dan rembat beberapa helai tudung kat situ. Harganya pun boleh tahan murahnya.

HO CHI MINH CITY SQUARE



Berhenti rehat sebentar sementara mencari arah untuk ke dataran ni.  Dengan selambanya posing di tengah2 divider jalan.  Bunga pun cantik sangat2. Hahahaha.

 


Akhirnya jumpa jugak dengan Pak Cik Ho Chi Minh yang setia menunggu kedatangan MMD sekeluarga.  Siap angkat tangan lagi tuuuu.  Posing2 dalam panas terik.  Berkerut2 muka menahan panas.

 
 
 


SAIGON OPERA HOUSE

 


Menyusuri bangunan butik2 berjenama mewah untuk sampai ke sini.Telan air liur je bagi orang macam MMD ni.  Kurang mampu, dulu, kini dan selamanya.



MMD ambil auranya dari seberang jalan je.  Malas dah nak lintas untuk ke bangunan tu.  Tengah panas yang amat.  Berada di simpang empat.  Ada Hotel Continental Saigon, Caravelle Hotel berdekatan dengannya.  Kawasan mewah ni.

Di situ juga terdapat projek pembinaan antara Vietnam dengan Jepun, Ho Chi Minh City Urban Railway Construction Project Ben Thanh - Suoi Tien Section 1 (Line 1).  Bila nak siap?  Ehmmmm, lupa lak!!

Gigih penjual cermin mata mengekori MMD untuk menjual barangannya hingga harganya diturunkan ke RM5 satu.  

SAIGON SQUARE



Yang ni berjalan laju2 sikit.  Tempat shopping kan!  Harus bersemangat lebih.  Yang penting ada aircond yang sungguh nyaman selepas meredah panas terik tadi.

Kat sini banyak pakaian fesyen orang2 muda.  Pakaian budak2 pun banyak.  Harganya taklah dapat diskaun banyak mana pun.  MMD beli beberapa helai blous untuk MMD dan Mem besar.

Balik dari Saigon Square, singgah ke Restoran Haji Osman.  Call Hakim untuk join lunch sekali.  Kemudian balik ke bilik untuk solat dan berehat.

 


Lepas Asar, turun ke Pasar Ben Thant dan cari buah pusing kedai.  Borong T-shirt Hazry dan beberapa helai seluar untuk Hazry dan Lea.

Malamnya pulak macam biasa, turun ke pasar malam.  Masa ni dah malas nak ambil gambar.  Simpan kamera kat bilik je.

Tamat sudah hari ke-3 di HCM.  Esok buat apa?   Tunggu.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...