Monday, January 11, 2016

Cairo - 04/12/15 Pyramid, The Sphinx, Nile's River Cruise

As Salam.

MMD sambung lagi cerita hari ke 3 di Cairo.  Selepas sarapan pagi,  kami bertolak untuk melawat Giza Pyramid dengan tiket berharga 80 LE (Lira Egypt atau Egypt Pound).  Semua ni dah termasuk dalam pakej.


Bergambar sakan di sini. Tengoklah bongkah batu yang paling bawah tu setinggi dengan MMD. Tak boleh MMD bayangkan bagaimana batu2 tu diangkat untuk membina pyramid ni.

 
 
 
 


Ingin MMD nasihatkan agar tidak sekali2 percaya kepada mana2 orang Cairo di situ yang samada ingin membantu untuk megambil gambar atau menerima apa2 barangan dari mereka.  Jika tidak, mereka akan memaksa kita untuk membayarnya.

MMD dan hubby hampir2 tertipu dengan seorang mamat ni yang memakai tanda nama.  MMD ingatkan pegawai yang meronda2 dikawasan situ.  Rupa2nya penipu juga yang akhirnya meminta kami untuk membayarnya atas khidmatnya.  MMD bertegas yang kami tidak pernah memintanya untuk menolong kami dan terus ke kumpulan kami dan dia akhirnya mengalah. Inilah orangnya yang cuba menipu kami.



Ada pakcik tu dengan ikhlas bersedekah pada salah seorang dari mereka tetapi datang lagi 4 orang meminta dan memaksa pakcik tu bersedekah dengan lebih lagi.  Terus mutawwif masuk campur dan akhirnya mereka bersurai.

Mutawwif ada menceritakan tektik kotor orang2 di situ dengan menghulurkan batu2 ke tangan pengunjung dan akhirnya meminta bayaran bagi batu tersebut.  Keji betul cara mereka ingin mendapatkan wang untuk hidup di situ dari pengunjung2.

Seterusnya ke 3 pyramid yang kecil2 tu.  Bergambar lagi kat sini.

 
 
 
 
 


Yea.....dapat ambil gambar unta dan kat bawah tu deretan gerai2 yang menjual cenderamata.
 



Dalam perjalanan balik, bas melalui The Sphinx.  Bergambar lagi di sini.  Driver baik hati untuk singgah 10min untuk sape2 yang nak turun bergambar.  MMD pun tak lepaskan peluang ni,  Bukannya boleh datang tiap hari kan?

 
 
 


RAMSES PERFUME PALACE
Lawatan seterusnya ke kilang minyak wangi.  Selepas mendengar penerangan ringkas dan mencuba beberapa jenis perfume, MMD ajak beberapa jemaah untuk berkongsi untuk membelinya.  Sebenarnya ini tidak disukai oleh mereka.  MMD tak peduli,  Yang penting jemaah dapat membeli dengan harga pukal walaupun hanya membeli 1 botol.  Jimat bukan?  Mereka sebenarnya ingin melihat jemaah membeli berasingan dan dengan itu jemaah terpaksa membayar lebih.

 
 
 

MMD ada mendengar yang penjual disitu seolah2 memarahi mutawwif kerana berkongsi idea tersebut sedangkan MMD dah pun tahu caranya walaupun mutawwif tersebut langsung tidak campur tangan dalam urusan perkongsian kami.

Singgah makan tengahari di Restoran First Class.  Menu wajib kat sini mesti ada timun.

 
 
 


SANDOS PAPYRUS
Lawatan ke kilang kertas dari pohon papyrus.  Ini pokoknya. Jurujual ada menunjukkan cara2 bagaimana proses dari pokoknya hingga menjadi kertas yang dilukis dan dihias menjadi begitu cantik sekali.  Selain dari gambar2 Firaun, ayat2 Al Quran juga ditulis dengan baik sekali di atas kertas tersebut.

 
 
 
 
 
 
 

Katanya, banyak yang dijual di luar tetapi yang asli adalah yang bersilang urat2 daunnya seolah2 dianyam seperti tikar.  Harga disini?  Mahal bagi MMD.  Barang tak mampu milik.  hahaha.

MASJID AL AZHAR
Kami turun di tengah2 kesibukan bandar untuk singgah solat di Masjid Al Azhar. Berjalan kaki sedikit dan selepas solat, dapat juga berehat sebentar sementara menunggu jemaah yang lain siap.

 
 
 
 

MASJID AL HUSSEIN & BAZAR EL KHALILI
Keluar dari Masjid Al Azhar, melalui terowong untuk menyeberangi ke sebelah jalan untuk ke Masjid Al Hussein.  Beliau adalah cucunda Nabi Muhammad SAW.  Terletak di tengah2 kesibukan orang ramai.  Kebetulan jatuh pada hari Jumaat, hari cuti mereka dan mereka tersangatlah taksub dengan Hussein ni.
 
 
 

Dalam berasak2 dengan penduduk tempatan, sempatlah juga menghadiahkah AlFatihah kepada beliau.  Keluar dari situ, terus diminta untuk berkumpul semula sebelum berpecah untuk urusan shopping masing2.

Bazar ini memang terkenal dengan barangan permata, barangan kayu, kulit dan barangan buatan tangan.  MMD hanya membeli 2 piring yang berukir ayat Al Quran serta 2 keping ayat Al Quran yang ditulis di atas kertas papyrus dengan harga yang lebih murah.  Sememangnya mood untuk bershopping langsung tidak datang seperti kebiasaannya sehinggakan my beloved hubby pun naik hairan.

 
 

Tengok tu.  Roti yang besar betul.


Window shopping di kedai emas urai.  Tengok je.  Tak mampu milik pun.


NILE'S RIVER CRUISE
Kemudian kami dihantar balik semula ke hotel untuk bersiap2 bagi mengikuti lawatan optional iaitu Nile's River Cruise.  Harganya USD30 seorang.  Bas datang menjemput kami semula. Sejujurnya MMD dan semua jemaah yang mengikuti lawatan river cruise ni merasa sangat2 tidak berbaloi dengan harga yang disediakan.

Ini kerana, ianya pada waktu malam.  Tidak dapat menikmati panorama cantik di Sungai Nile berbanding jika di waktu siang hari.  Hanya dapat melihat lampu yang kita boleh lihat dimana2 saja di waktu malam.  Kami seakan tidak sedar yang kapal sedang bergerak sehinggalah kami naik ke dek atas.  Itupun dah hampir untuk berlabuh semula.

 



Makanan yang disediakan lebih kurang saja seperti yang disediakan oleh pihak hotel.  Itupun ada yang dicatu pengambilannya.  Makanan pencuci mulut tidak dibenarkan ambil sehinggalah kami habis makan main course.  Sikit punya kedekut.


Ada yang lebih teruk dari itu ialah persembahan yang disediakan.  2 acara awal boleh lagi kami terima iaitu tarian 2 lelaki dengan putaran kainnya dari bawah naik hingga ke atas.  Agak menakjubkan juga.  Tapi bila keluar perempuan dengan tak cukup kainnya, membuatkan kami tak senang duduk. Lama juga tarian dari perempuan ni.  Akhirnya seorang demi seorang bangun dari meja makan dan naik ke atas dek.

 

 Lelaki ni menyanyi best sangat2.  Tapi masa kami semua dah siap makan dan kapal pun dah nak berlabuh.


Angin sungguh kuat dan sangat2 sejuk.  Menggigil hingga ke tulang kering rasanya.  Memandangkan ramai grup kami tiada di meja, akhirnya mereka datang memanggil kami untuk makan malam.  Itupu kena beratur panjang.  Lepas makan ala kadar, kapal pun hampir untuk berlabuh semula.  Balik ke hotel dengan rungutan yang berbagai di atas bas.

 


Esok paginya kami komplen ke mutawwif agar tidak lagi mencadangkan acara ini pada jemaah akan datang kerana tidak sesuai kerana urusan kami untuk berumrah selepas ziarah ini.  Mutawwif juga terkejut kerana ada  belly dancing yang katanya sepatutnya syariah compliance.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...