Thursday, November 26, 2015

Happy Birthday Hakim Halimy - 18th 21/11/2015

As Salam

Dah banyak hari tak update blog.  Dalam seminggu sebelum birthday Hakim, Lea duk membilang hari.  Macam tunggu birthday dia je.  Padahal birthday abangnya.

Okay..Happy birthday abang Hakim yang ke 18 pada 21/11/15.  Dah besar anak bujang MMD ni.  Tinggi?  Memang tinggi dari MMD.  Ikut saiz my beloved hubby ni.


Abang pun dah besar.  Tak terasa sangat nak potong2 kek ni.  So MMD ajak makan kat luar je.  Tak nak pergi jauh2.  Pergi ke Harbour Place kat Klang je.  Kat situ ada Subway, Restoran Ayam Penyet, Restoran Cina Muslim yang biasa kami sekeluarga pergi tu dan beberapa restoran lagi.  Mula2 MMD cadang ke Subway je.  Tapi my beloved hubby nak juga makan nasi.  Tu yang mencuba di Restoran Ayam Penyet.

Ni yang MMD order. Ayam goreng, ayam bakar, sup tulang, sayur kangkung dan gado-gado.



 Komen ikhlas dari Hakim.  Ni last makan kat sini.  Lebih baik makan ayam penyet kat kedai2/gerai2 biasa je.  Lagi sedap.  Sorry ye Restoran Ayam Penyet .  Mungkin tak berapa serasi dengan anak tekak kami sekeluarga.  Sup tawar kata Lea.  Budak berumur 8 tahun pun tahu komen.  hahahaha.

Lepas makan, terus masuk ke kedai D.I.Y.  My beloved hubby borong bekas2 plastik untuk letak ayam, ikan, daging bagai.  Nak letak dalam freezer yang dah dibelinya 2 bulan lepas. Harga pun tak mahal mana.  Habis juga RM100++ kat situ.

Akhir2 ni Lea duk berzikir kat telinga MMD nak mandi kat pool. Rancang nak bawak segala mak nenek pelampung bagai. Tiap malam sebelum tidur duk ingat2kan MMD.  Malangnya ibunya ni tengah sibuk sikit akhir2 ni.  Nanti ibu usahakan ye.

Weekend tu datang rajin MMD kat dapur.  Senyap sorang2 kat dapur.  Tung tang tung tang, tarraaaa, siap untuk makan.  Kek yang tak ikut mana2 resepi,  Kes campak2 je bahan2 yang ada kat dapur.  Walaupun begitu, lembut dan cair di dalam mulut.  Sedap kata my beloved hubby.


Sekian.  Jumpa lagi di lain siaran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...