Tuesday, March 18, 2014

CCM - Kuching 27/02/14 - Sarawak Rivercruise

As Salam

Day 2 - sambungan.

Intro photo untuk entry ni...Cantik kan?


Lepak2 di waterfront sementara pukul 6ptg tiba.  MMD tempah untuk menyusuri Sg Sarawak dengan bot elektrik.




Kebetulan masa group MMD naik bot, tiada pelancung lain, jadi hanya kami sekeluarga sahaja. Bebas untuk duduk di mana2 pun tapi my beloved hubby kena duduk bersebelahan dengan driver di bahagian belakang untuk mengimbangkan bot.






Untuk menaiki bot persiaran/mewah, harga tiket RM60.00 seorang dan makanan petang disediakan semasa tempoh perjalanan tersebut.  MMD memilih bot elektrik dengan jumlah harga tiket RM95.00 untuk 5 orang. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1-1.5 jam merangkumi bahagian utara dan selatan. Pemandu bot bernama Saiful.


Saiful menerangkan serba sedikit mengenai setiap mercu tanda di setiap lokasi dan diselang seli dengan jenaka.











Antara cerita jenaka yang mencuit hati MMD ialah tentang pertelingkahan antara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang untuk memenangi hati seorang jejaka.  Kedua2 puteri telah disumpah menjadi bukit dan jejaka tersebut juga disumpah menjadi apa?  Jawapannya....jejaka tersebut menjadi ikan terubok masin.

Selain lagenda buaya bujang senang, terdapat juga buaya bujang yang miskin hingga kini.  Ini buktinya...kelakar tak?


Enjoy gambar2 yang MMD ambil di kiri kanan sungai untuk kenangan.  Yang paling cantik ialah semasa matahari terbenam.  Subhanallah...cantiknya.










Sarawak adalah tuan rumah untuk Tahun Melawat Malaysia pada 2014.  Jangan lupa yea.



Selesai sudah acara menyusuri sungai dan MMD meminta driver hantar kami ke hotel dan tak perlu untuk terus ke mana2 tempat lain untuk dinner.  MMD hanya nak ke Annuar Steamboat yang berada dalam jarak perjalanan yang singkat saja dari hotel yang MMD tinggal.  Pemiliknya seorang Melayu.








Dalam pukul 9mlm, MMD ke sana untuk menikmati hidangan steamboat & grill.  Banyak juga pilihan makanan yang ada tetapi tidak dapat lawan Flamingo Steamboat yang selalu MMD sekeluarga kunjungi di Subang Jaya. Kat sini, sos yang disediakan hanya satu jenis selain dari yang dah readymade dalam botol.

Untuk ayam yang diperap dengan perasa, rasa2nya ayam tersebut dah dimasak sebelum disediakan di dalam bekas kerana hanya ambil beberapa minit saja untuk di grill dan dah boleh makan. Malangnya, air minuman yang disediakan setawar2nya, hanya setakat ada warnanya je.  Kalau manis2 buah pun dah OK.  Ini tidak...tawar!


Selain dari itu, MMD ada makan laksa Sarawak dan ambil nasi putih dan sup untuk Hazry.

Di setiap meja disediakan pes tomyam, garam serta lada sulah untuk kita masukkan sendiri ke dalam air rebusan mengikut cita rasa masing2.

Harga kat sini RM22.00 untuk dewasa dan RM11.00 untuk kanak2. Jangan lupa, kalau makan tu kena berpada2 tau....baki makanan yang tidak habis dimakan akan dikenakan bayaran RM5.00 setiap 100gm. Jangan membazir kekdahnya.....

Belanja kat sini:
Rivercruise, bot elektrik RM95.00
Dinner di Annuar Steamboat RM77.00 (Hazry percuma).

Jumpa lagi di entry di keesokan harinya.

As Salam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...