Tuesday, September 11, 2012

CCM - Ladang Teh Boh

As Salam

Persinggahan pertama MMD ialah ke Boh Tea Centre.  Masa nak masuk ke laluan yg agak sempit tu, hujan rintik2.  Dah terasa sejuknya Cameron Highland.


Abang Hakim sempat bergaya di belakang tandas sementara menunggu adiknya Lea buat urusan kat dalam tu.  Keluar dari kereta semuanya berkejar mencari tandas.  Hazry dah siap urusan kerajaan yg besarnya dan Lea pun dah nak tershi-shi.  Lama juga MMD kat dalam tandas tu.  Waduuuuuhhhh..airnya sejuk sangatlah ibu...menjerit Lea.


Masuk ke kilang memproses buat teh.  Baunya....tak tahan. Tapi minum teh sangat sedap.  MMD sekeluarga memang berhantu dengan teh.  Kena buat at least seteko sehari.


My beloved hubby dalan kedai jualan teh. Memang memboronglah urusan dia...hu hu.


Ni di hadapan Tea Shop nya. Hazry yg elok berseluar panjang dari rumah dah jadi seluar 3/4 bila keluar dari tandas tadi.  Masuk kereta tukar semula ke seluar panjang yg lain.  Siap berstokin dan baju sejuknya.


Masa kami menuju ke atas puncak bukit Boh Plantation tu, kami dah aim kat mana untuk bergambar masa balik nanti.  Memang kami tak mendaki bukit2 kat situ, maklumlah nanti sape pulak nak menjaga Hazry dengan wheelchairnya.

Kami pun berposing2lah kat sini.



Inilah daun teh yg kami minum hari2 tu.  Pemandangan yg sejuk mata memandang.  Memang sejuk pun kat luar sini.


Jumpa lagi di next entry.

As Salam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...