Wednesday, May 23, 2012

Jejak kasih .... 26 tahun berlalu

As Salam

Baru2 ni MMD menghadiri jemputan kahwin di Ulu Langat dari Kak Mama.  Kenduri kahwin adik lelaki bungsunya.  Kiranya keluarga Kak Mama dah dianggap sebagai keluarga sendiri pun. 


Berkenalan dengan adik Kak Mama iaitu Sha dan kawan rapatnya Julie semasa bersekolah di Form 4 SMSS, KT.  Sama2 tinggal di hostel.  Keluarga Sha berpindah ke KT masa arwah abahnya bertugas di KT.

Agak lama juga tak berkunjung ke rumah Kak Mama, last sekali masa ziarah arwah abah dulu.  Peluang kali ni MMD tak lepaskan kerana bakal berjumpa dengan Julie yg hampir 26 tahun tak berjumpa selepas tamat Form 5 dulu.  Lamakan?  Betul2 jejak kasih.


Actually, Julie bekerja sama tempat dengan salah seorang adik MMD di UKM Bangi.  Bukannya jauhpun Kajang dengan Port Klang, tapi kadang2 masa tak mengizinkan.

Seronok betul bila berjumpa tu.....

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...