Tuesday, May 22, 2012

CCM - Ma...kami dah sampai!

As salam.

Ma...itulah panggilan untuk my mom. Akhirnya kami sampai ke rumah.  Rehat2 je.  Yang penting, hari2 kena beli keropok lekor.  Kalau tak makan, rasanya rugi sangat balik kampung tapi tak merasa keropok lekor.  Memang tak pernah jemu pun.  Kampung MMD amat terkenal dengan keropok lekor.  Keropok lekor Losong.

Sebenarnya, rumah MMD lebih dekat kepada Muzium Negeri Terengganu berbanding kawasan keropok lekor.

Kebetulan MMD di kampung, sempat juga bertandang ke majlis menyambut menantu sepupu MMD.  Baru pertama kali kenduri kahwin di rumahnya.

Bergegas balik ke rumah.  Ada client nak singgah kat rumah untuk urusan penyerahan dokumennya.

Semuanya selesai di Trg dan keesokan harinya (Ahad, 18/03/12) kami berangkat balik ke KL.

Macam biasa, sebelum bertolak, kami akan singgah di Pasar Cabang Tiga.  Membeli bekalan kuih muih untuk dimakan dalam perjalanan.  Makanan yg Hakim mesti beli ialah jala mas.  Kalau tiap kali my mom datang ke rumah MMD pun, mesti ada bekalan jala mas untuk Hakim.

Perjalanan balik kali ini, my beloved hubby guna jalan Ajil dan masuk ke lebuhraya barunya.  Dalam perjalanan, kami bertemu dengan adik lelaki dan adik ipar MMD di R&R Temerloh yg balik memancing di Dungun.  Lepas tu, MMD menghala ke bandar Temerloh untuk berjumpa dengan last client MMD. 

Kali pertama MMD masuk ke Temerloh.  Tengok dalam google map, rasanya macam jauh je dari highway.  Tapi bila dah susur ke Temerloh, tak lah jauh sangat pun.  Berhenti makan di salah satu cafe kat bandar Temerloh, client MMD sampai dan dokumen bertukar tangan.  Selesai kat situ.  Bertolak terus ke Port Klang dan selamat sampai petang tu juga.

Percutian MMD kali ni bercampur dengan urusan kerja.  2 in 1 la.  Puas hati walaupun banyak masa semasa di Pahang berhujan. Kat Trg boleh tahan panasnya.

Next holiday destination?  ehmmmm, adik ipar MMD plan ke Padang, Sumatera.  MMD tak pasti lagi bcoz ada urusan penting pertengahan tahun ni.

As salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...