Monday, May 21, 2012

CCM - Bye2 Pahang, Hai2 KT

As salam

Selepas 5 hari 4 malam di Legend Cherating, kami check out dan berangkat balik ke Trg. Perjalanan pun memang santai je.  Sebab dah tahu jarak dan tempoh masa yg tak berapa panjang untuk sampai ke Trg.



Sebelum sampai ke Pantai Peranginan Kelulut, tak jauh dari selekoh, kami singgah makan tengahari.  Nasi ayam pilihan kami.  Hazry pun makan nasi ayam yg dah direndam dengan sup yg agak banyak.  Jadi macam bubur juga la.  Maafkan ibu ye Hazry.  Pagi tu MMD tak masakkan bubur untuknya.

Nasinya kembang elok dan supnya sedap.  Kalau bersempatan lalu lagi di laluan sini, sudah tentu MMD akan singgah lagi.  Tuan kedainya pun ramah.  Sebenarnya, dia berasal dari Kg Atas Tol.  Dah tak jauh dari kampung MMD.

As salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...