Monday, February 27, 2012

Memanjakan diri di London

As Salam

Lama juga tak ada entry2 terbaru lately. Tapi semalam aktiviti penuh sempena meraikan birthday MMD yang ke 4X.  Jangan marah...saja2 je tak letak angka kat belakang tu.  Dah 4 series pun.

Berdebar tak rasanya dengan title kat atas tu. Macam jauh je pergi celebrate birthday....sampai ke London tuuuuu.

Checked in at 3.30pm.  Perjalanan mengambil masa 3 jam.  Sementara tu, ada 4 sesi untuk di habiskan semasa perjalanan tersebut.  Terpilih atau tidak...tak menjadi soal.  Yang penting perkhidmatannya yg perlu dinilaikan.

Hadiah percuma dari Astro sempena hari jadi MMD.  Memang betul memanjakan diri kat situ.  London Weight Management.

Pertamanya, pergi timbang berat badan.  Seterusnya sapuan herba untuk memecahkan sel2 selulit.  Body wrapping selama hampir setengah jam la jugak.  Kemudian, masuk sauna.  Lepas tu sapuan cecair, MMD lupa lak apa namanya dan akhir sekali pakai mesin yg memang sedap sungguh rasanya.  Especially vibration kat bahagian perut tu.  Rasa2 macam hancur je lemak2 kat perut MMD.

Finally, timbang semula...400gr hilang.  Hebat tak?  Dengan hanya tak sampai 3 jam punya treatment, boleh hilang begitu banyak air.  Ini sebab kita ni gemuk air....salah tu...bukan kita tapi MMD la.

Masa body wrapping tu, memang banyak peluh yg keluar.  Mungkin sebab tu hilang 400gr tu.

Selesai urusan kat LWM, jumpa balik dengan my hubby dan anak2 yg dah ronda2 kat AEON Jusco Bukit Tinggi dan seterusnya ke Kenny Rogers.  Apalagi.... lepas kurangkan berat tapi akhirnya menambahkan lemak semula.......

Jemput makan kawan2...


Rasan2nya berapa kilo pulak berat MMD naik lepas melahap benda2 kat atas tu.... ehmmmmm sabar je la...

As salam.

Wednesday, February 15, 2012

I miss you....abang

As Salam

Hari ni, MMD kekurangan seorang anak dalam keluarga.  Yang tinggal hanya Hazry dan Lea dan sudah tentu my hubby pun ada.

Abang Hakim dah pergi pagi2 tadi ke perkhemahan Pertahanan Awam peringat daerah Klang di Pantai Acheh dari 15-17/02/2012.

Masa mula2 Hakim bagitau yang dia dipilih untuk perkhemahan tu, MMD ingatkan kena pergi ke Acheh.  Paspot pun Hakim tak ada.  Macam mana nak join?

Rupa2nya hanya di Pantai Acheh, Pulau Indah.  MMD sendiri tak tau ada Pantai Acheh kat Port Klang ni.

Pagi2 ni dah rasa rindu pulak kat abang....

As Salam

Saturday, February 11, 2012

Mat Bangla Carpet

As Salam.


Inilah akibatnya my beloved hubby tersalah susur jalan hingga menyebabkan kami semua tersadai di Nilai 3 dalam perjalanan balik dari Melaka ke Port Klang.

Corak pilihan kami berdua.  Nak match kan dengan warna langsir dan juga set kerusi di rumah.  Tapi yang penting, ianya sebagai persediaan di rumah kami untuk tarikh penting yang akan berlaku tidak lama lagi.

As Salam.

Friday, February 10, 2012

CCM - Bandar Bersejarah lagi

As Salam

Kesempatan melawat anak saudara baru di Melaka, tak disangka abang Hakim mengajak ibu dan ayahnya singgah ke A'Famosa sebelum balik ke Port Klang.  Biasanya, dia tak pernah minta singgah ke mana2 tapi ikut je kemana2 je perancangan mak bapaknya.  Hairan juga MMD.

Bagi tak menghampakan permintaannya, walaupun dah banyak kali pergi setiap kali sampai Melaka, MMD ikutkan juga hasratnya.  Senang pulak ajak bergambar berbanding sebelum ni yg MMD selalu je paksa dia bergambar.

Jadi, MMD dedicatedkan entry ni untuk abang Hakim.

As Salam.

Wednesday, February 8, 2012

Nur Aisy Dalili

As Salam

Dah sebulan MMD tak update apa2 cerita dlm blog kecil ni.  Agak2nya belum terlambat MMD sekeluarga ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Salam Maulidur Rasul dan Selamat Hari Thaipusam.  MMD dah start cuti dari hari Jumaat lepas.  Maksudnya 5 hari terus menerus bercuti.

MMD hanya ke Melaka menziarahi adik MMD yg baru bersalin pada 03/02/2012 baru2 ni.  Akhirnya Cik E dapat juga baby perempuan.  Nor Aisy Dalili nama diberi.  Berat masa lahir??? Hah..jangan terkejut.... 4kilo tau?  Perancangan untuk melahirkan secara normal tak kesampaian, akhirnya kena bedah lagi.  Kali kedua dah Cik E bersalin secara bedah.

Cik E pun dah masuk ke geng MMD, ada 2 anak lelaki dan akhirnya dapat anak perempuan.


Nyenyak betul tidurnya. Rambutnya lebat dan hitam pekat.  Pipinya tembam yg amat.  Yeeeeee....geram betul.  Sedikit demam kuning dan MMD berdoa agar Aisy cepat sembuh.

Yang tak bestnya, anak MMD, Lea sehabis mungkin tak nak tengok mana2 baby baru lahir.  Jealous agaknya.  Katanya, itu baby orang, bukan baby ibu.  Katanya lagi yg dialah baby tua ibu...adoiiiii.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...