Saturday, December 10, 2011

Famous Ter Amos cookies

As Salam


Lately MMD agak rajin...cewahhhhh. agak rajin tu...buat cookies. Dok baca2 blog kawan2, MMD ambil ilmu dari Myresepi dan cuba.  Not bad untuk cubaan pertama, buat satu adunan je. Itu yg mendapat permintaan dari anak2 untuk buat lagi dan lagi.

Since bukan semua bahan2 ada kat dapur, MMD guna je apa yg ada.  Ringkas tapi memang crunchy. Sedap betul......

Ini MMD perturunkan resepi yg sangat sempoi.

guna cake mixer untuk adunkan 1 cawan gula halus dgn 1 cawan mentega. bila dah putih, masukkan 1 cawan minyak masak, gaul lagi, masukkan 1 biji telur ayam. kemudian campurkan sesudu teh esen vanila, 2 sudu penuh susu tepung, 2 sudu susu pekat manis, 1/2 cawan serbuk koko, 2 sudu penuh tepung jagung. pukul rata2. masukkan 3 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. campurkan choc chip atau white choc chips,jika adunan terlampau cair, tambah gandum sedikit demi sedikit lagi, jgn terlalu kental. agak2 lah agar senang untuk dikaup dengan sudu dan letak di atas dulang pembakar. set oven pada 160 F selama 10-12min. siap.....
Selamat mencuba.
As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...