Monday, December 12, 2011

CCM - Pulau Beras Basah

As Salam

Antara kami semua dah pernah naik cable car ke Gunung Mat Cincang in the previous trip ke Langkawi.  So, kami semua decided untuk ke pulau2 pulak kali. Kami pilih package offered by Aman lagi.  Reasonable rate for boat trip for 4 hours to 3 attactive locations.  Kami disediakan dengan boat besar untuk muatan 20 orang.

Hari kedua dimulai dengan trip ke Pulau Beras Basah.  Aman datang jemput kami untuk ke private jeti.  Berposing dulu sebelum berangkat.



Perasaan takut ada juga masa menaiki bot.  Laju jugalah pak cik tu tekan minyak.  Melambung2 jugalah budak2 yg duduk di depan bot.  Last sekali MMD naik bot ialah bot penambang untuk ke Pulau Duyung Terengganu, itulah masa MMD berada di sekolah menengah. Jeket keselamatan jangan lupa.  Mesti pakai.


Sesampai saja ke PBB, kami disambut oleh beberapa ekor monyet yang kelaparan.  Kesian. Kat sini tak ada toilet, so, jika rasa2 nak buang hajat tu...pandailah menyorok kat dalam semak2 kat situ dan masuk laut untuk cucian berseri2.


Pasir kat sini sesangatlah halus mulus dan putihnya.  Apasal di panggil beras basah yea?  Pasir di tepi pantai sememangnya basahla...  Mana pulak berasnya?

Kami lepak2 kat sini almost 1 hour.  Sempat juga anak2 mandi manda.  Budak2 ni pantang tengok air...sure nak terjun je kerjanya. Lea siap sedia untuk mandi2.





Tengok warning sign kat atas tu.   Ingat !



Jernih dan sejuknya air kat sini walaupun di tengah panas terik.



Posing ayu gitu....


Berposing dulu sebelum berangkat menuju ke next destination.  Selamat tinggal Pulau Beras Basah.

Sambung lagi.....

As Salam.

2 comments:

MalizaMah said...

MUSIM CUTI SEKOLAH NI, RAMAI BETUL PERGI BERCUTI....
tak berkesempatan lagi saya ni..
apa2pun.. Selamat bercuti.
rindu nak pergi langkawi.

My Mom's Diary said...

Alieza Dayasari: dah plan 3 months ago ni...tup2 jadi ramai sebegini. but enjoy sakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...