Tuesday, December 20, 2011

CCM - Kawan baru dan selamat tinggal Langkawi

As Salam

Inilah dia Deena, pemilik blog yg cantik ni. Sedang mengandung 5 bulan masa MMD jumpa di Langkawi.  Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan kali ini.

Sebenarnya, MMD berkenalan dengan Deena melalui cik kak merah.  Banyak urusan sewa kereta dan bot dengan suaminya, Aman.  Tak sangka dunia ni kecil, Deena pun pernah bertugas di Port Klang.

Harga berpatutan dan boleh dirunding, ada Island Hopping, ada Mangrove tour dan juga kereta sewa serta package percutian.

Jangan lupa support Deena dan Aman OK!

Sampai ke Jetty Point lebih kurang 12:15 tengahari.  Terus ke kaunter tiket dan masih sempat lagi untuk naik feri pukul 1pm.  Barang2 tak banyak, hanya sekadar bawa balik beg pakaian yg di bawa dulu dan sedikit barang2 kecil.  Lagipun barang2 yg besar dah naik lori ke KL.

Pemeriksaan kastam pun tak susah langsung.  Tak perlu nak buka2 beg bagai.  Lagipun sekarang barang2 mesti melalui scanner.  Masa dulu, kena buka beg dan berteraburlah isi beg dek di check oleh pegawai kastam.  Penat susun2 baik2 dalam beg, dah jadi rojak pulak.  Tapi MMD belum pernah lagi kena pemeriksaan sebegitu masa MMD keluar dari Langkawi dulu. 

Feri yg ni memang besar dan luas.  Ada 3 barisan semuanya.  Berbanding waktu datang tempoh hari, hanya ada 2 barisan kerusi je.

Selamat tinggal Langkawi.  Ehtah bila boleh datang lagi.  Percutian keluarga yg paling enjoy!

Bersambung lagi.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...