Sunday, June 5, 2011

Ronda-ronda Courts Mammoth

As Salam

Semalam memang sepatutnya tak ada plan nak ke mana2.  Entah tiba2 my beloved hubby ajak ke Bandar Bukit Tinggi. Katanya nak cuci mata.

Singgah ke Cash & Converter kejab. Lepas tu, katanya nak survey harga washing machine.  FYI, washing machine semi auto yg ada kat rumah MMD sebenarnya dah berumur lebih kurang 16-17 tahun.  Lebih tua dari umur anak sulung MMD, Hakim.  Masih berfungsi dan telah berjasa benar pada MMD sekeluarga dari status bujang hinggalah beranak-pinak.

Sebelum ni memang dah ada juga survey harga kat kedai electronic/electrical di BBT & Bayu Perdana.

Lea berkenan benar dengan katil ni. Bukan tak nak beli, malangnya dah tak ada tempat mana nak diletakkan.  Lagipun, MMD ada lagi satu set katil single belum pakai dan terpaksa disorokkan di dalam stor.  Even dalam bilik MMD sendiri dah ada satu lagi katil single untuk Lea. Rasa2nya dah padat benar dlm bilik MMD. Lea belum berani lagi tidur sorang2 kat biliknya sendiri.


Lepas tu Lea ajak ke satu corner, katanya cantik sangat kerusi warna merah jambu.  Siap suruh MMD snap lagi gambarnya, katanya "Lea nak senyum". Itulah bahasa Lea bila dia nak suruh ambil gambarnya. Memang betul warnanya merah jambu tapi bila MMD snap gambar, warnanya cam warna oren kan? 

Tengok punya tengok kat CM.  Akhirnya MMD terbabas dan termabuk shopping pulak dah... Yang sempat MMD sambar:

Washing machine Toshiba 9kg RM1099.00
Sewing machine Toyota RM499.00 - jangan tak caya MMD beli ni....
Blender Elba 1.4L RM59.00
Digital camera Samsung ST600 RM999.00 c/w micro card 2GB.  Siap dpt free SD memory card 4GB and another camera cover. Tapi camera ni tak boleh pakai SD card tu.

MMD ambil bawak balik blender & camera bcoz available stock.  Yang 2 lagi tu, kena tunggu mereka hantar dan free delivery bcoz beli lebih dari RM1K and furthermore due to promosi untuk Hari Raya.  If not, kena bayar RM49.00 for the delivery cost.

CM ada promosi "lowest price guaranteed".  So, kawan2, jika you all ada nampak kat mana2 harga CASH yg lebih rendah dari apa yg MMD bayar ni, tolong sound kat sini ekkk. MMD boleh dapat ganti rugi 2x ganda ooo.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...