Wednesday, June 8, 2011

Air buah besar!

As Salam

Air buah besar?  Banyak maksudnya.  Saja2 nak propa je. 

Tajuk yg sepatutnya berbunyi begini...air buah gelas besar Terengganu. Kah kah kah ! Setiap kali balik Terengganu, MMD akan selalu masukkan trip ke gerai ni dalam senarai perjalanan. Gerai ni bukan saja hidangkan air buah bersaiz besar, ada keropok, ada nasi lemak, laksam, laksa Penang dan beberapa jenis menu lagi.

Nak tau...gerai ni memang tersangat femes, kat dinding gerai ni, siap ada gambar2 artis yg datang singgah kat sini. Kalau tak silap MMD, gambar Awie Wings pun ada.

Terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kg Bukit Tok Beng, K. Terengganu.


Saiz pilihan my beloved hubby, surelah yg besar.Barulah padan dengan orangnya kan?

MMD order saiz biasa je.  Tumpang gelas my hubby nak berposing!

Antara makanan kegemaran MMD, laksam...ehmmm terliur pulak. Syok sakan makan hingga dah separuh jalan baru teringat nak ambil gambar...he he he, maafla yea...comot sikit.

Tengoklah saiz papan menunya.  Sikit punya besar.

Dah habis....burppppp! Alhamdulillah. Hilang dahaga sebulan !

Harga paling mahal RM35.00 untuk saiz balang besar, cam yg warna kuning tu.  Macam MMD wat letak ikan pelaga kat rumah je.

Pesan Pak Hassan,  "kalu sedap kabo ke saing-saing, kalu dok sedap kabo ke kami".  Faham ke tak?

As Salam.

2 comments:

haffizmohdnoor said...

air buah gelas besar ni ada kat mana-mana dah.. yg bestnya murah je.. APis selalu jugak minum gelas besar hehehe.. nice post :D

AHDIYAH said...

Hafiz: kedai ni yg mulakan. memang sekarang ramai peniaga buat biz yg sama. rezeki masing2 kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...