Sunday, May 29, 2011

Sejak bila buah ada tangan?

As Salam

Pergi ke mana2 tanpa bawa balik buah tangan tentu rasa tak best kan?  Sejak bila pulak buah ada tangan? Bukannya buah ada tangan tapi tangan tu yg hulur nak beli buah..ha ha ha ha

MMD malas nak beli kat Pangkor.  Malas nak jinjing banyak2 barang.  Bila dah sampai semula ke Jeti Lumut, MMD beli je kat kedai di sekitar jeti tu.  Hampir kesemua kedai menjual hasil laut yg sama.  Harga pun sama.  So, sebagai pembeli, apa yg membuatkan kita memilih untuk membeli di sesebuah kedai tu?

Pada MMD, keramahan penjual lah yg menjadi daya tarikannya.  Dengan senyuman melerek dan bagi pelanggan merasa dulu barang jualannya adalah satu cara untuk menarik pelanggan masuk ke kedai.  Kalau yg pakai ilmu tu, MMD tak leh nak komen la kan...

Adalah juga MMD beli sikit hasil laut cam kat bawah ni.  Hanya untuk makan sendiri je dan bawak kat opis sikit.



Yang paket merah kat bawah tu sedap !! Ada 40 sachet kat dalam.

Dari Teluk Intan, BIL bawak kami lalu jalan mana2 ntah. Hinggalah sampai ke satu bandar, tak ingat pulak MMD apa nama bandar tu.  Singgah lagi..kali ni beli buah mangga dan juga jambu batu tanpa biji.  Dah ada jambu, mestilah kena ada kuah rojaknya kan?  Kuah jenama MAK BEE jadi pilihan.  Kali ni, my hubby pilih yg ada campuran kacang tanah.  Best gak.


As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...