Thursday, April 7, 2011

Ahmad Sarbani Mohamed - pergi tak kembali!

As Salam.

Memang gempak, panas dan happening di Port Klang dan kawasan yg sewaktu dengannya buat masa ini.  Bukan saja dengan penangkapan ramai kakitangan Kastam di Port Klang oleh SPRM, tetapi yang lebih memilukan ialah kehilangan seorang Penolong Pengarah Kastam Negeri Selangor, Allahyarham En. Ahmad Sarbani Mohamed, 56. 

Al-fatihah untuk beliau dan takziah kepada ahli keluarga atas kehilangan tersebut. Semoga ahli keluarganya sabar dan redha dengan ketentuanNya. Beliau adalah antara pegawai yg disukai oleh ramai wakil2 ejen penghantaran.  Senang berurusan dengan beliau dengan syarat semua dokumen lengkap.  Tak banyak songeh..kata orang.

Banyak perkara yg berligar2 di fikiran orang ramai akibat dari kesinambungan kejadian tersebut.  Biarlah pihak berkuasa menguruskannya.  Tetapi yg paling terkesan dengan penangkapan kakitangan Kastam, inilah yg MMD dapat simpulkan.

1.  Dokumen pelepasan Kastam menjadi lebih perlahan.
2.  Pelepasan dagangan juga terikut perlahan.
3.  Pelabuhan menjadi lebih sesak akibat pengerakan keluar masuk dagangan yg perlahan.
4.  Pihak pelabuhan bakal mendapat pungutan caj stor yang tinggi akibat dagangan lewat dikeluarkan, ie selepas free time.
5.  Kakitangan syarikat ejen penghantaran mendapat cuti percuma akibat pergerakan dokumen yg perlahan di pejabat Kastam.
6.  Syarikat2 pengimport/pengekspot menjadi mangsa keadaan yg bakal membayar kos kelewatan pelepasan dagangan mereka.
7.  Kemungkinan pengilang2 terpaksa menghadkan pengeluaran kerana kekurangan sumber akibat dagangan tersangkut di pelabuhan sementara menungu pelepasan dari pihak Kastam.
8.  Keseluruhan ekonomi akan terjejas.

Jadi, siapa yg bakal menjadi mangsa tak rasmi?  Kita2 ni la. Apa komen anda?

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...