Tuesday, March 1, 2011

Pelik bin ajaib

As Salam.

Tengah hari tadi singgah makan kat warung/kedai makan tak jauh dari office. Malas nak pusing jauh2.  Lagipun masakan kat kedai Kak Ju and family kira boleh masuk kat selera tekak MMD. Lagipun, rasa cam dah kenal lama, yup, adalah dalam 2-3 tahun kenal mereka sekeluarga.  Even my mom yg datang sesekali ke rumah MMD dari Terengganu pun mereka dah kenal.  Kami masing2 berbalas kunjungan atau invitation ke rumah masing2. Tak kiralah waktu kenduri kahwin ke, rumah terbuka ke. Jadi tak terasa kekok bila lepak lama2 kat kedai mereka.  Pilihan menu pun banyak.  Masakan selera orang kampung cam MMD ni.

Tiba2 sorang mamat Indon menyapa my hubby.  Tunjukkan cincin2 yg berbagai jenis batunya.  Saje2 tengok mencuci mata..ha ha ha. Dalam hati memang dah berniat tak akan BELI.

Tapi, barang ni menarik perhatian MMD.  Mungkin orang lain dah biasa tengok kat mana2 tapi saje2 ambil gambar untuk dikongsikan dengan kawan2 di blog ni.

Nak tengok?   Jangan tengok jika anda ada masalah jantung yg kronik, mata buta dan ada penyakit gila pada barang2 pelik dan ajaib...Sorry..MMD wat lawak je..



Hah...ni MMD nak tanya you all. Teka apa gambar yg kedua tu? Cepat2 hantar borang jawapan sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...