Monday, March 14, 2011

Ikan Bakar Umbai Melaka

As Salam

Setiap kali ke Melaka, MMD & sekeluarga tidak pernah lepaskan peluang untuk menjamu selera di Umbai. Kali ni pun sama.  Dah plan dengan my sister di Melaka untuk dinner kat luar je.

Enjoy dengan pilihan menu/gambar yg MMD pilih.

Sotong bersambal pedas

Pari bakar bersambal

Siakap stim

Kailan oyster sauce & kangkung belacan
Kat Melaka, menu2 di atas dimakan bersama2 dengan nasi lemak yg dibungkus kiut miut saiznya.  Tapi, kami yg dah biasa makan dengan nasi putih, tetap sebat nasi lemak + nasi putih juga.  Air buah satu jag besar. Otak2 pun menjadi pilihan anak2 MMD.

Harganya pun berpatutan.  Dengan makan untuk 6 orang dewasa & beberapa budak2, harganya tak sampai RM100.00 pun. 


Jika berkesempatan ke Melaka, singgahlah ke gerai no. 2 ni ye. Sri Kemajuan (Yusof Ikan Bakar). Gerainya sentiasa penuh sampai ke belakang. Masakannya sedap dan yg penting..harganya cuuuuunnnn.



As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...