Thursday, March 10, 2011

Homemade Whipped Potato

As Salam

Hari ini sengaja curi tulang kat office.  Buat salah kenalah mengaku. Curi tulang nak postkan resepi kat atas tu.  Dah petang2 ni, dah kena cari idea apa nak masak bila sampai kat rumah nanti. Tapi resepi ni hanya boleh dipraktis pada weekend or public holiday and mix & match with other dishes.  If not, kebulurlah my hubby jika makan whipped potato je.  Tak pasal2 nanti my hubby ajak supper pulak.  Bila pulak MMD nak diet kan?

Enjoy the resepi and the photos taken personally by me, this is what we call homemade by my own hand.

Resepi:
a) Kentang, lada hitam, 1/2 cawan susu segar, garam

Rebus kentang dgn kulit2nya (bersihkan dulu sebelum rebus, if not, boleh buang kulit & rebus) agar senang mengopek kulitnya selepas empuk. Potong kecil2, tambah lada hitam, sedikit garam, putar gunakan "cake mixer" sehingga hancussssss.Tambahkan susu sedikit demi sedikit agar jgn terlalu pekat atau terlalu cair, sendiri mau fikirla...

b) Untuk sosnya:

i)650ml air, 5 sudu makan stok ayam (dlm botol), 1 biji bawang besar dicincang, 1 batang saderi dicincang.
Masakkan semua bahan2 i) hingga mendidih, tapis. Buang bawang dan saderi.
ii) 40gm mentega, 20gm tepung gandum, 1 sudu besar sos tomato, 1 sudu besar sos tiram, sedikit serbuk lada hitam, sedikit kicap, garam.

Masak mentega hingga cair, campurkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga tak berketul, masukkan bahan2 i) tadi, sos tomato, sos tiram, kicap, lada hitam. Jika terlalu pekat, tambah air masak. Rasa dulu sebelum tambah garam. Walleyyyy, siap.

Komen dari anak2 & anak2 buah masa organise BBQ  pada 25/12/2010." Angah, boleh buat lagi? Rasanya tak kalah dengan KFC punya".  Punyalah bangga ada orang puji! Ha ha ha, nanti Angah buat lagi ekkk..Itupun kalu menjadi lagi la. 
As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...