Tuesday, March 1, 2011

Berita gempaq.. anakku lari dari rumah !

As Salam.

Pagi ni 01/03/11, dalam pukul 5:30pagi, MMD tengok ada 2 beg dah siap sedia dekat dengan pintu rumah. Begnya amat MMD kenali. Kami punya beg ! Jadi, siapa yg bersiap-sedia nak keluar rumah ni?

Jeng jeng jeng!

Mak ai, besarnya beg! Macam nak lari lama ni.

Sebonar-bonarnya, anak teruna MMD, Hakim yg dah bersiap sedia untuk tinggalkan rumah. Bukan betul2 lari tapi nak pegi ke Kem anjuran Kadet Pertahanan Awam di Laguna Park Port Klang yang disertai oleh beberapa sekolah di Selangor mulai 01-04/03/11.

MMD paksa Hakim bergambar pagi2 buta.  Jadi, effectnya tentulah dengan muka mengantuk yg amat. Dahlah malam tadi Hakim berjaga sakan lawan game dengan adiknya, Lea. Dua2 tak nak mengalah, akhirnya Lea lentok kepalanya kat meja.  Rupa2nya dah tidurrrrrrrr. Kesian!

Nak tau...Hakim ni, jika nampak je bangunan ke, pakaian ke atau apa2 saja pasal Pertahanan Awam, dia memang excited sakan. Mentang2lah dia ahli KPA. Apa2 pun MMD akan support dia dengan sepenuh hati ini. 

Sekian saja untuk tengah hari ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...